Kisah Ketam Ketip Kuku Kaki

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam,”Kenapa kau ketip kuku kaki kau,Ketam… kenapa?” Ketam kata, “Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut… kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah! “Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, “Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?” Ketam ketawa, kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih..Kuh..kuh..kuh..kuh!! Kodok..Kodok.. kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?” Kodok kata kepada Ketam, “Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?” Ketam kilas,”Kelakar.” “Kelakar ke kurang-ajar?” kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat.”kelekuk ! “, kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok. Ketam kata,”Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan kesakitan.” Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.

No comments:

Post a Comment

Penafian

Team Lawak Jenaka Online Ingin Menyampaikan Permintaan Maaf Yang Sebesar-besarnya Kepada Semua Pemilik-pemilik Artikel Lawak Jenaka Di Dalam Blog Lawak Jenaka Online Ini.

Semua Artikel Lawak Jenaka Diterima Dari Pengunjung & Peminat Blog Lawak Jenaka Online.

Team Lawak Jenaka Online Tidak Melakukan Plagiat Terhadap Blog-blog Lain.

Letakkan URL Anda.