25 sebab suami 'mental'!!

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer ..ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah ...kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber....ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...GRO universiti mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie."..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak.."

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol....."

Kisah Awek Cun & Pak Pandir

Ada empat orang tengah tunggu lif.

Sorang tu doktor,

Sorang lagi tu engineer,

Yang ketiga tu peguam

Dan yang last sekali Pak Pandir.


Tengah-Tengah Boring Dok Tunggu Lif
Tuh, Datang Le Sorang Awek Cun Yang
Teramat-Amatlah Seksi.

Bila Lif Sampai Semua Orang Pun Naik
Le.

Dalam Masa Lif Tu Nak Naik Ke Atas,
Tiba-Tiba Elektrik Terputus.

Lif Tu Pun Berhentilah Dengan Tiba-
Tiba Dalam Keadaan Gelap Gelita. Dalam
Black Out Tu, Mulalah Ada Salah Sorang
Dari Melaun Tu Gatal Pulak
Nak Buat Kurang Ajar Dengan Pompuan
Seksi Tu. Puas Dia Dok Meraba Pompuan
Tu Dalam Gelap!

Tiba-Tiba, Elektrik Dah Okay Balik.
Pompuan Tu Pun Tengok Kat Si Engineer,
Lepas Tu Kat Si Doktor, Ketiga Kat Si
Peguam.. Last Sekali Kat
Pak Pandir. Dengan Geramnya Minah Tu
Bagi Pak Pandir Satu Penampar Jepun

Yang Teramatlah Kuat."Heiii, Tua-Tua
Bangka Pun Ada Hati Nak Meraba Lagi
Tu !!!"Jerit Si Pompuan Seksi Sambil
Menunjuk Bijik Penumbuknya
Kat Pak Pandir Tu..

Soalan : Ngapa Pompuan Tu Sure Gila
Pak Pandir Tu Yang Buat Dajal?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kerana Pak Pandir Tu Sorang Je Laki!!

Hahahahaha!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!!
Pengajarannya, Kalau Cakap Pasal Doktor Ke, Peguam Ke,Engineer Ke Mesti
Orang Akan Ingat Laki Yang Pegang Jawatan Cam Tu..

Kisah Mat Punk

Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...

Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...

Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik
tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"

Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..dan ketika mabuk itulah aku telah mer***l seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku."

Iklan - Glamour...Kredibiliti...List

Memiliki produk yang baik tidak menjanjikan jualan yang hebat, jika teknik pemasaran yang digunakan tidak efektif.

Ramai yang berlumba – lumba menghasilkan produk yang baik, canggih dan berkualiti namun akhirnya 'kecundang' akibat teknik pemasaran yang tidak menjadi.

Tidak kurang juga yang telah membelanjakan banyak wang ringgit untuk menempah iklan – iklan di blog mahupun diruangan classified yang disediakan. Itu tidak termasuk kos menggunakan perkhidmatan pengiklanan Pay Per Click (PPC) melalui Google Adwords, Bidvertiser dan sebagainya. Bagi yang berkemampuan, ia mungkin bukan masalah. Tetapi bagaimana pula jika anda kekurangan modal untuk kempen pemasaran?

Tahukah anda bahawa untuk memasarkan produk di internet, anda seharusnya memenuhi sekurang – kurangnya 3 kriteria utama seorang pemasar / penjual?  Tanpa 3 kriteria ini, kempen pemasaran anda mungkin berjalan dengan lambat dan jualan yang terhasil pun sedikit sebanyak mengecewakan anda. Baiklah, 3 kriteria utama yang saya maksudkan ialah :

1.    Dikenali (Glamour)
2.    Kredibiliti
3.    List

Disini saya akan huraikan sedikit tentang pentingnya ketiga – tiga kriteria ini didalam kempen pemasaran.

Untuk menjual sesuatu diinternet, anda seharusnya dikenali kerana diinternet sebarang urusniaga tidak dijalankan bersemuka. Maka disinilah timbulnya rasa percaya atau tidak terhadap para penjual yang menawarkan produk mereka. Jika anda dikenali, lebih mudah untuk anda menjual produk anda kerana telah terdapat kepercayaan terhadap anda. Bayangkan anda sendiri, mahukah anda membeli dari seseorang yang anda tidak pernah kenal?

Keduanya ialah kredibiliti. Tanpa kredibiliti, kadar kepercayaan terhadap anda agak kurang. Apabila kurangnya rasa percaya, maka makin kuranglah kehendak untuk membeli dari anda. Kredibiliti ini termasuklah kemahiran anda menghasilkan produk yang berkualiti, khidmat pelanggan yang 'tip – top' serta kejujuran anda dalam setiap urusniaga.

Kriteria ketiga ialah list. Ramai sedia maklum bahawa ungkapan "The Money Is In The List" memang betul dan tanyalah mana – mana 'otai' usahawan internet tentang kepentingan membina list untuk memudahkan kempen pemasaran. Teknik email marketing telahpun terbukti keberkesanannya, dan rata – rata usahawan internet menggunakan teknik ini dalam mempromosikan produk mereka.

Baiklah, mungkin anda tertanya – tanya pula tentang apakah teknik pemasaran yang boleh memenuhi ketiga – tiga kriteria ini? Jawapannya saya, mudah sahaja iaitu…Teknik Pemasaran Joint Venture (JV). Joint Venture (JV) adalah proses kerjasama antara pemilik produk dan rakan – rakan usahawan yang lain untuk mempromosikan sesuatu produk. Kebiasaannya, teknik JV Affiliate menjadi pilihan.  Sebagai balasan, para rakan JV akan diberikan komisen bagi setiap jualan yang terhasil.

Bagaimana teknik pemasaran JV boleh memenuhi ketiga – tiga kriteria ini; dikenali, kredibiliti dan list?

Mudah…apabila anda berJV, secara tidak langsung rakan – rakan JV anda akan menyebarkan nama anda serta perniagaan anda kepada ribuan list mereka melalui emel follow up serta mengiklankan tentang anda di blog mereka. Nah, anda sudah terkenal sekarang dan 'glamour'…bayangkan sepanjang bulan tersebut mereka berbicara tentang anda dan produk anda, dan dibaca serta dilihat oleh ribuan 'pengikut setia' mereka…

Melalui JV juga kredibiliti anda boleh ditonjolkan. Saya pasti, rakan JV anda pasti menilai anda dan produk anda terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan menerima jemputan anda. Keupayaan anda untuk melakukan JV dengan usahawan yang hebat pasti akan dipandang tinggi dan para pelanggan pasti tidak berasa was – was dengan anda dan produk anda. Tempias "kehebatan" rakan JV anda sebenarnya telah mengenai anda…

Tentang list, tak perlu risau. Walaupun anda tidak mempunyai list, namun jualan tetap berlaku iaitu melalui senarai list rakan JV anda. Jika anda mahu mengumpul list melalui landing page, juga tiada masalah.  Kemungkinan ada dikalangan list rakan JV anda akan mendaftar juga sebagai subscriber anda kerana mereka juga mahukan informasi daripada anda.
Nah, sekarang anda pasti sudah faham mengapa teknik pemasaran JV ini sangat penting untuk memastikan pelancaran produk anda 'meletup'.

Namun begitu, tidak semua tahu teknik JV yang betul dan beretika sekaligus menyebabkan jemputan mereka dihantar ke 'recycle bin', malah lebih teruk lagi nama mereka di 'blacklist'…belum sempat JV, dah kena 'banned'…ini serba sedikit menyebabkan teknik pemasaran ini sering diabaikan.

Tetapi, hari ini saya ingin beritahu anda bahawa anda dah tak perlu risau untuk JV dengan sesiapa sahaja kerana teknik serta kaedah yang betul telahpun didedahkan.

Sahabat baik saya, iaitu saudara Julius baru sahaja menerbitkan sebuah ebook khas iaitu "Rahsia Pemasaran Joint Venture (JV) ", khusus bagi anda yang mahu berjimat untuk kempen pemasaran produk anda disamping mahu memastikan jualan produk anda meledak!

Saya rasa saya tidak mampu nak ceritakan semuanya disini, jadi saya nak ajak anda untuk bersama – sama dengan saya melawati saudara Julius di [SINI]. Jumpa disana!

Admin
[PanduanJV]

Penafian

Team Lawak Jenaka Online Ingin Menyampaikan Permintaan Maaf Yang Sebesar-besarnya Kepada Semua Pemilik-pemilik Artikel Lawak Jenaka Di Dalam Blog Lawak Jenaka Online Ini.

Semua Artikel Lawak Jenaka Diterima Dari Pengunjung & Peminat Blog Lawak Jenaka Online.

Team Lawak Jenaka Online Tidak Melakukan Plagiat Terhadap Blog-blog Lain.

Letakkan URL Anda.