Showing posts with label Mat Rempit. Show all posts
Showing posts with label Mat Rempit. Show all posts

Citer Sedih Pasal Mat M0t0r

Sebuah cerita sedih, cam ni cerite nye...Pada suatu hari.. seorang lelaki nama nya Atan (bukan nama sebenar) bercadang nak pegi beli rokok...oleh kerana transport die cume moto jer..die pon pegilah naik moto. Tapi mamat ni ade satu hobi.. die ni suke benor bawak moto lelaju walaupon jarak kedai tu 100 meter jer dari umah die..maka si atan ni pon memulakan la pejalanan untuk ke kedai. Sebelom kuar dari rumah, mak die pesan, "Atan, bawak moto bebaik. mak rase tak sedap ati jer la" Atan pon menjawab, "ala mak ni...Atan kan superman, takkan ader paper nyer. Lagi pon, Atan cume nak gi kedai sebelah tu jer..kannyer jauh sgt pon". Mak die pon menjawab, "suke ati ko lah tan..."

Kunci moto pon di pulas...vrommmmm(bunyi moto atan) dengan gaya supermannyer Atan bergerak dari umah. Tiba tiba sampai di suatu selekoh, seekor beruk yang entah dari maner munculnyer menyergah Atan. Apa lagi terperanjat beruk la si Atan....maka dia hilang kawalan ke atas moto nyer dan menyebabkan die terlanggar tiang lampu berdekatan. maka Atan pon jatuh terpelanting.. dan tidak sedarkan diri..

Secara kebetulan seorang pakcik (boleh jadik pangkat atuk la utk Atan) lalu di jalan tersebut..pakcik itu sungguh terkejut kerana melihat seekor monyet sedang cube mencurik helmet si atan lalu pakcik itu menghalau monyet tersebut. Tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan kerana telah di bawa lari oleh monyet itu.

Tanpa melengah kan masa, pakcik itu pon pergi kepada Atan dan memeriksa jantung dan nadi si Atan.."uihh nampaknye idup lagi budak ni.."tapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala Atan sudah terpusing 180 darjah, makna nya dah terbalik......dan tanpa bertanya dan berpikir ape-apa pakcik tu pon terus membetul kan semula kepala Atan dengan menyentap balik ke 180 darjah..

Tibe-tiba pakcik itu mendapati Atan tidak bernafas lagi. Rupe-rupenye.. korang nak tau? Atan memakai jeket kulitnye terbalik. So memang la kepala die cam pusing ke belakang. Maka dengan tidak bersalah nya Atan mati di tangan pakcik tersebut.

Moral of the story:
"Mat Motor ......................jangan suka pakai jaket terbalik ;
"Makwe ...... cari pakwe yang ader kerete jer...

Sepuluh Sebab Cuci Motor Adalah Lebih baik Dari Berkhalwat

1.Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.

2.Masa sedang asyik menggosok dada motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan.

3.Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.

4.Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.

5.Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci motor.

6.Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.

7.Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi, depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.

8.Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.

9.Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan memecat anda.

10.Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor.

Mat Rempit

Satu lagi malam kemenangan buat Seman Wheelie. Terbeliak matanya mengira wang yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Neo dalam perlumbaan tadi. Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani, antara gadis yang paling anggun di kawasan Pertama Kompleks, sudahpun membonceng motornya.

Didakapnya Seman dari belakang sambil berbisik manja ke telinga Seman,

"Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti..."

Jari jemari Seman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti. Kepalanya yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian suara manja Ani yang menghembus ke telinganya. Seluruh badannya kaku, tergamam sejenak bagaikan dipanah petir.

Tanpa berkata apa, terus disumbatkan segala wang kertas ke dalam dompetnya lantas dipakaikan kepada Ani topi keledar lebih yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk situasi-situasi sebegini. Dihidupkan enjin RXZnya lantas laju Seman memecut meninggalkan rakan-rakan sekumpulannya.

"Seman Seman... sen pun kau dapat... mambang pun kau dapat malam ni... memang malam kau la ni..."

Kata Raz, rakan karib Seman kepada dirinya sendiri.

Dalam perjalanan pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celah kereta tidak ditinggalkan oleh Seman. Apatah lagi, semakin kuat dia menekan minyak, semakin kuat jualah pelukan Ani. Segala jenis lampu isyarat dan bonggol tidak diendahkan Seman.

"Hehe... orang cakap pompuan ni kalau lu bagi dia takut-takut, nanti dia lagi ghairah..."

Fikir Seman di dalam benaknya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan rumah flatnya.

Tanpa membuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkat sembilan. Di dalam lif, hati Seman berdebar-debar memikirkan rancangan seterusnya. Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubah seperti model jamu yang menjadi pujaanya.

Makin dekat mereka ke rumah Seman, makin kuat debaran hati Seman. Sampaikan tangannya menggigil masa membuka pintu. Sebaik masuk ke dalam rumah, lampu kalimantang yang malap dipasangnya.

"Ini macam baru romantik. Ani duduk dulu ye, bang Seman nak mandi jap..."

"Ala bang Seman, tak payah mandi la... meh la duduk sebelah Ani ni. Boring la sorang-sorang..."

Gedegang! Topi keledar yang dipegang Seman terjatuh dek pujuk rayu Ani.

Terketar-ketar dia berjalan ke arah Ani yang sudah pun terbaring di atas sofanya. Berderau darah Seman melihat Ani. Perlahan-lahan ditumbangkan badannya. Jari-jemarinya Seman mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikan menaikkan lagi nafsu Seman yang sudahpun membuak-buak. Ani akur, merelakan dirinya diexplore oleh Seman.

"Tok! Tok! Tok!"

Bunyi ketukan pintu rumahnya tiba-tiba membantutkan gerak-geri Seman.

"Jais... Jais..."

Suara seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.

Seman terkedu. Degup jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya ke kanan dah ke kiri; tiada tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnya menjadi jalan keluar. Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Seman terus terjun keluar tingkap sambil bergayut pada engsel tingkapnya.

"T...t...takpe takpe Ani. Gi tengok sapa tu, c...cakap ni rumah Ani. Dok sorang kat s...sini. Abang Seman cuba g...gayut kat sini..."

Kata Seman tergagap-gagap dalam ketakutan.

Ani terus ke pintu dan bila dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an sedang berdiri sambil bertanya,

"Ni rumah encik Jais ke?"

Ani tergamam.

"Tolooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooong..."

Sayup tedengar suara Seman dari luar tingkap. Ani terus bergegas dan bila dijenguknya ke luar, mayat Seman sudahpun terdampar di tengah jalan.

Penafian

Team Lawak Jenaka Online Ingin Menyampaikan Permintaan Maaf Yang Sebesar-besarnya Kepada Semua Pemilik-pemilik Artikel Lawak Jenaka Di Dalam Blog Lawak Jenaka Online Ini.

Semua Artikel Lawak Jenaka Diterima Dari Pengunjung & Peminat Blog Lawak Jenaka Online.

Team Lawak Jenaka Online Tidak Melakukan Plagiat Terhadap Blog-blog Lain.

Letakkan URL Anda.