Showing posts with label Teka-teki. Show all posts
Showing posts with label Teka-teki. Show all posts

Mana peginyer duit lagi singgit ???

Ada 3 orang member kamcheng pegi becuti kat pulau tioman... Sampai kat sana, dia orang pun pegi laa cari resort tempat persantaian dia orang barang semalam... Riki punya riki.... last-last dapat laaa satu resort yg sewanya cuma RM30 satu malam....

Since dia orang ni member kamcheng giler..depa pakat nak sewa satu bilik je & tanpa banyak soal..masing2 keluarkan sorang RM10...kira tong-tong 3 org laaa..... So bila dapat kunci jer...depa tanpa membuang masa terus jer pegi bilik.....

Lepas depa blah pegi bilik..... minah cun kat front office tu baru teringat yg laaa ni resort dia tengah buat promotion...so satu bilik cuma RM25 je...

Minah ni pun panggil bell boy suruh pulangkan balik lagi RM5 kat mamat 3 org tu... On the way nak pulangkan duit tu..si bell boy ni tepikir yg duit belen ada RM5... Mamat tu ada 3 org... camna nak bagi duit tu sama rata kat diaorg..??? Pikir punya pikir last2 mamat ni dapat idea...dia pulangkan sorang RM1 kat mamat tu... Then belen lagi RM2... dia ambik buat beli jajan...

Maknanya....
Mamat 3 org tu cuma bayar duit hotel sorang RM9....
Total depa bayar....RM9.00 x 3 =RM27...
Mamat bell boy tu amik RM2...so total semua sekali
RM27 + RM2 =RM29

Mana pegi lagi singgit....?????????????

Teka teki lawak

Banyak -banyak binatang... binatang apa keluar haid..
jwpn:kura-kura... ala tu pun tak tahu... keluar HEAD..tak paham jugak.ala kepala le..

dlm banyak2 binatang... binatang apa yang bertelur dan beranak... kira 2 alam la niii..ha jwp2... siput babilaaaa... ye la siput bertelur babi beranak...

kalau anda ni semuanya pandaiii cuba teka,banyak2 sungai,sungai apa yang paling berat
jawapannyer ialah Sungai Besi...

dalam banyak2 pokok,pokok apa yang baik hati?
jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

ni ada satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin?
huruf TA dan YA laa... .kan jadi TAYAR tu..

kasut apa yang paling keras?
kasut batu... salah maa..kasut BATA laaa...

antara huruf A hingga Z,banyak2 huruf tu,mana huruf yang boleh kawin..ahh sape dapat
jawapannyer ialah... huruf i ngan u lerr... heheheheee,nih antara pasangan bercinta lerr hehehe...

Teka teki lawak

Teka teki 1
Kalau korang pandai math, 5 orang cina tolak 3 orang india , jadi
apa?
orang india tu jatuh lah.... keh keh keh!!!


Teka teki 2
Ada 3 biji limau kendian di bahagi kepada 3 bahagian..lepas tu di
bagi pulak pada 3 org..baper seorang dapat ?...kes kes kes kes korang mesti lemah IQ kan ..
jawapannya sorang dapat sebiji limau ler..sbb sama gak ko potong atau
tak...hehehhe mesti dapat sorang sebiji

Teka teki 3
benda apa kalau naik tak turun dah? jwpn dia umur .ish...ish...


Teka teki 4
KENAPA TAYAR BELAKANG KENDERAAN SELALU BOTAK DAHULU DARIPADA TAYAR HADAPAN?
SEBABNYA IALAH DIA SELALU MEMIKIRKAN KENAPA DIA TIDAK DAPAT MEMECUT
TAYAR HADAPAN


Teka teki 5
Seorang pemandu teksi terkejut besar apabila dicuit oleh penumpangnya
dari belakang lantas memberi amaran supaya tidak melakukan dmikian lagi.
Katanya ini adalah hari pertama beliau memandu teksi setelah 30 tahun
jadi driver kereta jenazah... faham faham aje lah.

Perbezaan Perempuan Dan ...

ANTARA PAHLAWAN DAN PERAWAN

Soalan: Antara seorang pahlawan dan seorang perawan, mereka mempunyai satu perjuangan yang sama... Apa Dia?

Jawapan: 'Darah'... Pahlawan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir, manakala perawan pulak berjuang hingga ke titisan darah yang pertama... huhuhu



ANTARA PEREMPUAN DAN ANGKASAWAN

Soalan: antara orang perempuan dengan angkasawan perempuan apakah
perbezaan dan persamaannya... ?

Jawapan: Perempuan= Datang Bulan. Angkasawan Perempuan=Datang Ke bulan. Kui... Kui... Kui...

Teka-teki lawak

Teta teki lawak sempena "mood raya" ni..betul ke produktiviti kurang masa dah last-last Ramadhan ni? lu fikir la sendiri..

1.Ada seekor monyet dikejar seekor harimau. Monyet ini memanjatlah satu pokok ni. Bila dah sampai half-way, rupa-rupanya ada seekor ular sawa kat atas pokok tu. Camna monyet tersebut ingin menyelamatkan dirinya?

2.Banyak-banyak tempat, di manakah air tidak pernah cerah?

3.Buta apakah yang boleh nampak?

4.Banyak-banyak ikan, ikan apa yang slalu sakit perut?

5.Apa dia: Bila kecik dia itam, bila besar dia jadik putih?

6.Banyak-banyak singa, singa apa yang tak makan daging?

7.Kenapa idung lembu berair?

8.Burung apakah yang paling penyayang?

9.Kenderaan apakah yang paling tua di dunia?

10.Lembu apakah yang selalu dicari?

11.Kalau seorang, sendiri tau. Kalau berdua, dua-dua sama tau. Bertiga, tiada siapa yang tau kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagilah tak tau... apa dia?

12.Bom apakah yang tak pernah meletup?

13.Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta? fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir...

jawapannya adalah seperti berikut...dah agak dah ko mesti terus scroll down.

1.tak payah korang pikir camna monyet tu nak selamatkan dirinya, banyak lagi masalah korang kena pikir... umpamanya mana nak carik duit cover belanja raya ni

2.air hitam.

3.buta hati & buta perut.

4.ikan kembung.

5.michael jackson.

6.singapura.

7.lembu tak tahu kesat idung dengan tisu... lagi satu bau tuan dia...

8.burung belatuk... sebab dia bela atuk.

9.motosikal & basikal... sebab dia ada tongkat.

10.lembu yang hilang.

11.kentut.

12.bomba & kuih bom.

13.teksi

Teka teki lawak

1.Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

MILO AIS

2.Ade sorang makcik,die thn teksi..pas 2 makcik 2 nak byr duit dulu..driver taxi tu xnak.nape??

Sebab duit dulu mane laku


3.Binatang ape name die ade dua huruf?

UDANG ( U dan G )

4.Kenape org gali kubur tak pakai spender??

sebab org gali kubur pakai cangkul la


5.5 ekor semut campur dgn 2 ekor semut same dgn brape???

0 la...semut mane de ekor


6.Ape persamaan Micheal Jackson dengan Micheal Jordan??

Dua2 x knl korang...

Teka teki lawak

1. Tempat apa ni... ... peserta dia pakai uniform, peserta dia selalu bertambah & tak berkurangan?

2. Banyak2 bunga, bunga apa yg warna hitam?

3. Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia... ?

4. Emak Alang ada 5 orang anak. Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu. Yang ke 5 siapa?

5. Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan

6. Kalau kancil ngan rusa berlaga, sapa mati?







Jawapan:

.

.

.

.

.

.

.

.

1. Tempat perkuburan... ... .ish... .ish... insaf aku... ...

2. Bunga tayar laaa... ... .

3. ubat nyamuk Fumakilla

4. Alang laa..

5. Bahrain

6. Pemandunya laaa yg mati... ... kan ke kalau keta kancil ngan rusa

berlanggar... .mati laaa org tu, kan-kan?

Soalan Bodoh

selau sangat orang tanya kat kite menda yg bodo2 nie.. so apa kata..la nie kita siapkan jawapan yg power lagi berbisa utk soalan bodo cam nie..ahakkkkssss

SOALAN BODO 1. Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanyer: "Tunggu bas ke per?" Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye"

2. Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanyer: "Kao nak mandi ke per?" Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang kejap, kao nak join?"

3. Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur: "Aik? tulis surat nampak?" Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah... tangan aku bergerak sendiri" lepas tu jotos dia dgn jotosan yg berpower lagik brutal dan sambung "ah tu kan dia jln sendiri, aku tak tahu tao"

4. Anda sedang makan nasik dan orang tegur: "Makan nasik?" Jawab : " Mater kao buter ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?"

5. Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer" "Baru balek dari kerjer?" Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi kerjer lah nie... opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah pat opis"

6. Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: "Eh kau sibuk ke per?" Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia.

7. Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer: "Eh citer melayu ke per?" Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Toro menentang Raksaser dari Planet X... kao tunggu jap nanti otromen kuar".

Pantun Hari-hari

Hari-hari makan laksa
Sedapnya kuah ikan kelisa
Badan kuat serta perkasa
Selamat menyambut hari selasa

Menangkap ikan pakai bubu
Untuk hidangan nasi kerabu
Kenapa masih dalam kelambu
Ofis kau tutup ker hari rabu

Atas pokok ada penyegat
Anak kambing baunya hamis
Kenapa kau tak pernah ingat
Janji nak belanja aku hari khamis

Sudahkah anda tunaikan solat?
Solat wajib 2 rakaat
Bukannya apa cuma saje nak ingat
mana tau esk kiamat..selamat hari jumaat

Hari-hari minum air batu
minum sampai rahang kematu
tengah sibuk sangat ke tu?
Sampai tak ingat janji dating hari sabtu

Huruf terlabik..

cubala baca... .hahaha

Syaa taidk dpaat pycreaa syaa mpmau utunk fhaam apa ynag syaa bcaa! Syaa tbracea klobheean meaujnkban mdnia msniaua. Muernut kpadea hiasl kjiaan di Cmabrigde Uinervtisy, taidk kria bnmagaiaa ssunuan huurf daalm stau pektaaran, pkrarea ynag pliang pneintg iaalh huurf pretmaa dan tkhareir bredaa di tmpaet ynag bteul.

Ynag slehbinyea bloeh dlaam sbrauet mcaam mnaa pun dan kmau miash bloeh mmbeaynaca tnapa sarenabg mlasaah. Ini knarea mdina misuana taidk bcaa siteap huurf stau dmei stau, saeilkbyna kauusrhelen ptkraaean slkeguias. Aijab kan? Butel! dan syaa sllaeu fkiir slbeeum ini bwhaaa eaajn aldaah sgnaat pinnteg!!!!

Teka-Teki Gelak Ketawa

1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI... ..

2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!

3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran... "
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!

4. "Cinta..ibarat kentut... "
makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan ... ... .
ahhhhhhh lega rasanya... ... .

5.Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"

6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, "
maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!!

Teka-teki & Jawapan

1) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak

2) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.


3) Binatang ape power Karate?
Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.


4) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.


5) Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...

6) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus

7) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

8) Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'

9) Ape beza secretary baik ngan secretary kurang baik?
Answer: - secretary baik..................'Selamat pagi tuan'
Secretary kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

10) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe

11) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' boleh diangkat...

12) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

Teka-Teki Menguji Minda

Ha...cuba teka....jgn pikir yang bukan-bukan
tau!!!!!!!!!!!!!

1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk

2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

8) Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah

9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

Jangan lihat jawapan nya dulu















ini jawapannya:-

1) Masukkan benang dalam jarum

2) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

3) MILO AIS

4) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat
sebelah aje.

5) Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam

6) Semut yang matanya BENGKAK

7) Motorsikal......sebab dia pakai tongkat

8) Panjat pokok kelapa

9) Kambing binATANG

10) Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR

Penafian

Team Lawak Jenaka Online Ingin Menyampaikan Permintaan Maaf Yang Sebesar-besarnya Kepada Semua Pemilik-pemilik Artikel Lawak Jenaka Di Dalam Blog Lawak Jenaka Online Ini.

Semua Artikel Lawak Jenaka Diterima Dari Pengunjung & Peminat Blog Lawak Jenaka Online.

Team Lawak Jenaka Online Tidak Melakukan Plagiat Terhadap Blog-blog Lain.

Letakkan URL Anda.