Janda Yang Dahaga

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami.... Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.

Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu...

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.... beliau bangun dari katilnya... badannya terasa panas.... tekaknya terasa haus.... beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,... sampai saja didapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... beliau tuang kedalam cawan dan meminumya... Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula... Sekian... Terima Kasih Itulah kisah seorang janda yang dahaga...........

Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer. Ha...haa...haaa....

1 comment:

  1. sengal tol...punye khusyuk bace last2 mnum air...adoiii

    ReplyDelete

Penafian

Team Lawak Jenaka Online Ingin Menyampaikan Permintaan Maaf Yang Sebesar-besarnya Kepada Semua Pemilik-pemilik Artikel Lawak Jenaka Di Dalam Blog Lawak Jenaka Online Ini.

Semua Artikel Lawak Jenaka Diterima Dari Pengunjung & Peminat Blog Lawak Jenaka Online.

Team Lawak Jenaka Online Tidak Melakukan Plagiat Terhadap Blog-blog Lain.

Letakkan URL Anda.