Al-Kisah...

Kisah ni diceritakan oleh kawan aku. Mamat ni asal Kelantan. Mmg pure
kelantan. Satu hari tu dia ceritakan macam mana first time dia dtg ke
Seremban sebab nak interview kerja dgn salah sebuah Syarikat Pengangkutan.
Nak diceritakan disini, dalam pada masa dia mencari kat mana lokasi pejabat
syarikat pengangkutan tu maka dia pun bertanyalah dgn sorang lelaki.
"Bey tumpey tanyo. Dimano pejabat syarikat pengangkutey?"
Lelaki tu tengok dia atas bawah, atas bawah. "Ekau biar bonar. Cakap tu
elok-elok sikit jang"

"Betul doh kawey kecek nih. syarikat pengangkutey, pengangkutey.."
"Budak ni ado yg lobam nanti kang.." Brother tadi dah mula naik hangin
sikit.. Memandangkan member aku tau brader tu tak berapa faham cakap dia
maka dia pun tunjukkan alamat pejabat tu..
" Ni ha alamat dio, XXXX Transportation Sdn. Bhd...., transportation,
transportation"

"Oo... transportation.. ingat apo bondo tadi pegang kotey pegang kotey.."
Barulah brader tadi faham.. Maka brader tu pun bagilah arahan macam mana nak
gi ke pejabat tu. Walking distance jer tapi nak kena belok ikut 2-3 simpang
jugaklah. Tapi maklumlah ibaratnya sorang cakap ayam, sorang cakap itik maka
timbul lagi kekeliruan. Jadi member aku ni mintak tolong brader tu lukiskan
pelan..

"Abey buleh tunjuk peley dok?"
Lagi sekali brader nogori tuh terkojut . Sekali lagi dia tengok member aku ni atas bawah,
atas bawah.

"HESHH...! Ekau kan dah ado tu. Nak buek apo lai tunjuk den punyo!?"Brader
tu start bengang dah. Maka member aku ni pun terkial-kial lah keluarkan pen dgn
kertas sambil mintak brader tu lukiskan..

"Lukih lukih peley nok gi ke sano.."
"Oooo.. mintak tunjuk lukis polan ingat nak mintak tunjuk apo tadi... hishh
kau ni jang...." Maka brader tu pun tolonglah lukiskan pelan.
Walaupun berlaku beberapa salah faham tapi diatas keikhlasan brader tu maka
member aku pun akhirnya sampai ke pejebat yg ditujunya tu dan hasilnya dia
diterima bekerja dgn syarikat tersebut.

No comments:

Post a Comment

Penafian

Team Lawak Jenaka Online Ingin Menyampaikan Permintaan Maaf Yang Sebesar-besarnya Kepada Semua Pemilik-pemilik Artikel Lawak Jenaka Di Dalam Blog Lawak Jenaka Online Ini.

Semua Artikel Lawak Jenaka Diterima Dari Pengunjung & Peminat Blog Lawak Jenaka Online.

Team Lawak Jenaka Online Tidak Melakukan Plagiat Terhadap Blog-blog Lain.

Letakkan URL Anda.