Resepi Ayam Goreng Rempah Tak Kunjung Tiba

Resepi berbuka puasa kita hari ini ialah AYAM GORENG BEREMPAH TAK KUNJUNG TIBA



Bahan-bahan nya ialah:
-sudah tentu ayam
-minyak masak,kalau boleh cap jalen(ada ker?)
-kicap jalen(hah yg nie mmg ada)
-sos jalen
-rempah ratus yg malas nak sebut sbb beratus-ratus
-lagi korang tanya lah kat mak anda..

Ok cara-caranya plak;

Pastikan ayam yg digunakan sudah disembelih dan kalau boleh ayam kampung yg dahpun akil baligh.Untuk sembelih anda boleh panggil tok imam masjid kampung anda.Kalau tok imam sibuk ajk masjid pun boleh juga dan bukannya Ah Chong yg buka kedai repair basikal belakang rumah anda.

Tuang minyak masak ke dalam kuali.Tunggu sehingga minyak betul2 panas.Anda boleh lah melakukan aktiviti lain sementara menunggu minyak panas.Ambil masa ini untuk melakukan senaman ringan.Selepas melakukan senaman ringan, cuba berlari-lari anak disekeliling rumah. Bila sudah bosan cuba pula berjoging sepanjang taman di rumah anda. Pastikan anda melakukan senaman ringan yg betul untuk mengelakkan org di taman usung anda balik rumah sebab kaki anda krem.

Cara untuk memastikan minyak sudah cukup panas, caranya mudah saja.Ambil jari anda,kalau malu anda boleh minta bantuan adik anda.Letakkan jari anda di tepi kuali dan bila secara spontan anda menjerit…adoi!! ,maka minyak sudah betul-betul panas.

Pecah sebiji telur ayam dan masukkan ke dalam kuali tadi.Anda tidak perlu menggunakan hammer ataupun apit-g untuk memecahkan telur tersebut,memadailah dengan menggunakan sudu ataupun pecahkan di tepi kuali dalam skala 90 darjah.

Bila telur tersebut sudah panas angkat telur tersebut dan letakkan di pinggan. Hiaskannya dengan menabur bawang goreng ataupun timun untuk menambahkan lagi kesedapan makanan.Jangan tabur macam nak tepung tawar mempelai bersanding pulak.Macam orang kahwin nanti jadinya.

Ayam tadi ambil dan masukkan ke dalam peti sejuk.Anda boleh gunakan pada hari yang lain.Inilah yang dikatakan family planning.

Panggil sanak saudara ataupun rakan taulan ke rumah anda untuk merasai hasil masakan anda.Menu ini sesuai untuk hidangan 2 orang dan boleh ditambah dengan masak lagi beberapa telur ayam.

Akhir kata selamat mencuba dan pasti anda tak akan boleh lupakan masakan ini sampai bil-bila.Tapi saya tak janji tau..

No comments:

Post a Comment

Penafian

Team Lawak Jenaka Online Ingin Menyampaikan Permintaan Maaf Yang Sebesar-besarnya Kepada Semua Pemilik-pemilik Artikel Lawak Jenaka Di Dalam Blog Lawak Jenaka Online Ini.

Semua Artikel Lawak Jenaka Diterima Dari Pengunjung & Peminat Blog Lawak Jenaka Online.

Team Lawak Jenaka Online Tidak Melakukan Plagiat Terhadap Blog-blog Lain.

Letakkan URL Anda.