Isteri menuntut hak

Satu seminar diaadakan oleh kumpulan wanita yang menuntut hak persamaan dengan suami masing-masing.Beberapa orang dijemput berucap menceritakan pengalaman mereka.

"Saya menberi tahu suami, mulai sekarang saya nak abang masak untuk makan malam. "Pada malam pertama saya tidak nampak apa-apa. Malam kedua juga begitu. Akhirnya pada malam ketiga, saya melihat ada hidangan di atas meja ketika pulang daripejabat," kata wanita pertama. Penonton bertepuk tangan dan bersorak tanda kemenangan.

"Wanita kedua pula bangun dan menceritakan pengalamannya. "Saya Linda. Selepas tiga tahun berumah tangga, saya akhirnya bosan kerana setiapa hari perlu mengemas rumah sedangkan suami tidur. "Saya bertegas meminta suami mengambil alih tugas itu atau kami mungkin bermasalah. "Pada hari pertama dan kedua, suami saya berdegil. Hari ketigabarulah dia akur dan saya kini tidak lagi perlu mengemas rumah!" sekali lagi dewan itu gemuruh dengan tepukan

"Saya Affa," kata wanita ketiga. "Saya juga bosan asyik membasuh pakaian setiapa hari. Saya berkeras menolak tugas itu pada satu hari dan meminta suami pula membasuh," katanya. Penonton tetap bersemangat mendengar. "Pada hari pertama, saya tidak nampak apa-apa.Hari kedua juga tidak nampak apa-apa."Mujurlah hari ketiga saya mula nampaksikit dengan mata kiri, tapi mata kanan saya masih bengkak kena belasah dengan suami," katanya. Dewan itu tiba-tiba sunyi dan penonton melopong.

No comments:

Post a Comment

Penafian

Team Lawak Jenaka Online Ingin Menyampaikan Permintaan Maaf Yang Sebesar-besarnya Kepada Semua Pemilik-pemilik Artikel Lawak Jenaka Di Dalam Blog Lawak Jenaka Online Ini.

Semua Artikel Lawak Jenaka Diterima Dari Pengunjung & Peminat Blog Lawak Jenaka Online.

Team Lawak Jenaka Online Tidak Melakukan Plagiat Terhadap Blog-blog Lain.

Letakkan URL Anda.