Anak: “Mama, tadi waktu di dalam bas sama papa, dia minta saya serahkan tempat duduk saya buat penumpang wanita.”
Mama: “Itu memang sikap yang baik.”
Anak: “Tapi Ma, aku kan waktu itu duduk di pangkuan Papa”
Mama: “PAPA!!!!!!!!!”
Selamat datang ke Laman Web Lawak-Jenaka.Blogspot.Com! Laman ini menyediakan koleksi Cerita Lawak Jenaka yang didapati dari internet dan juga sumber-sumber seperti Email, Majalah, Akhbar, Forum, mulut ke mulut dan macam macam lagi. Cerita Lawak, Cerita Jenaka, Cerita Lucu, Cerita Kelakar.
Anak: “Mama, tadi waktu di dalam bas sama papa, dia minta saya serahkan tempat duduk saya buat penumpang wanita.”
Mama: “Itu memang sikap yang baik.”
Anak: “Tapi Ma, aku kan waktu itu duduk di pangkuan Papa”
Mama: “PAPA!!!!!!!!!”
Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian… lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan…
Pak Pandir : “Bang harga durian ini berapa?”
Org Asli : “yang ini.. sepopit sebiji”
Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarinya..
Pak Pandir : “Bang.. Boleh kurang sikit tak”?
Org Asli : “Boleh aje, nak kurang berape?
Pak Pandir : “Lahupa.. boleh ya!”
Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Pak Pandir…
Org Asli : “Lahupa itu berapa?”
Pak Pandir : “Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?”
Dalam sebuah sekolah rendah, terdapat seorang budak darjah 3 bernama Dollah, dia dimarahi oleh gurunya (Cikgu Saodah) kerana mencarut di dalam kelas dengan menyebut f**k. Lalu Cikgu Saodah pun mendenda dollah dengan berdiri di atas meja.
“Dollah!! kenapa kamu mencarut tadi?” tanya Cikgu Saodah. Dengan perasaan marah Dollah pun jawap “Erk, saya mencarut ke Cikgu? saya ikut bapak saya cakap je”. “Kamu tau ke apa maksud perkataan yang kamu sebut tadi?” tanya Cikgu Saodah lagi…
“Tahu Cikgu” jawap Dollah dgn yakin. “F**k tu maksudnya Enjin kereta tokleh start Cikgu..”
Seorang gadis sedang sibuk menulis di atas meja di dalam pejabat pos. Tiba - tiba dia didatangi oleh seorang lelaki separuh umur.
“Maaf kan saya,”kata lelaki itu. “Saya nak minta tolong sedikit ni….boleh tak saudari menulis dan menghantar poskad ini bagi pihak saya?” Gadis tersebut bersetuju dan meminta barang - barang tersebut. Dia juga tidak kisah untuk menandatanganinya selepas menulisnya nanti.
“O.k! Siap,”kata gadis tersebut tersenyum sambil menghulurkan poskad yang telah ditulis dan ditandatanganinya. Gadis itu pun meminta diri . Tak sampai beberapa langkah berjalan, gadis itu berhenti kerana dipanggil oleh lelaki tadi. Sambil senyum gadis itu bersuara, “Er…ada apa-apa lagi yang boleh saya lakukan untuk encik?”
“Ya,” jawab lelaki tersebut. “Di bahagian bawah poskad ini tolong tuliskan : P/S - Maafkan saya kerana tulisan ini tidak cantik.”
Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.
Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) “Kamu tahu tak?”
Orang gila 2 : “Tahu apa?”
Orang gila 1 : “Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!”
Orang gila 2 : ( dalam hati ) “Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa…”
Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:
Orang gila 2 : “Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya.”
Dokter : “Kenapa?”
Orang gila 2 : “Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat.”
Dokter : “Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun.”
Orang gila 2 : “Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti…”
Dokter : “???”
Seorang perempuan masuk ke dalam sebuah Klinik sambil mendukung seorang bayi… Tiba-tiba perempuan itu ternampak sebuah alat penimbang berat untuk orang dewasa. Ia menghampiri alat penimbang tersebut, tapi kemudian nampak kebingungan.
Seorang petugas klinik itu melihatnya… menghampiri dan bertanya kenapa ia nampak kebingungan.
“Sebenarnya saya ingin menimbang bayi ini, tapi alat ini seperti bukan untuk bayi” kata perempuan tersebut.
“Memang ini penimbang untuk orang dewasa. Tapi masih boleh digunakan untuk menimbang bayi. Caranya bayi dan IBUnya naik ke atas alat timbangan ini… lalu dicatatkan berapa angkanya…
Setelah itu IBU pula naik seorang diri di atas alat timbangan ini dan dicatatkan angkanya.
Saya boleh bantu mendukung bayi ini. Lalu… angka pertama ditolakkan dengan angka kedua…
itulah berat bayi” kata petugas Klinik tersebut…
“Tapi rasanya masih tidak boleh” kata si perempuan.
“Kenapa? tanya petugas kehairanan…
“Kerana saya bukanlah IBUnya.. …
Kadir dan Milah bercadang untuk menonton wayang di Sogo. Setibanya mereka di kaunter, terpaparlah di kaunter jualan tiket seperti berikut
“TIKET HABIS”
Kadir bertanya dengan berangnya “Apa? Tiket habis? Apa maksud awak tiket habis?”
Penjual tiket senyum dan berkata “Kami benar-benar minta maaf tuan, perkataan mana yang tuan tidak faham?:”
Pada suatu hari di sebuah hospital kecemasan
Tiba-tiba seorang wanita yang sedang sakit tenat tiba di bahagian kecemasan mengerang kesakitan sambil memandu sendiri keretanya.
Seorang jururawat bergegas mendapatkan wanita tersebut dan bertanya
Jururawat : “Makcik kenapa tak telefon 911, bole la ambulan ambik makcik kat umah”
Makcik : “Maafkan makcik, telepon makcik takdak nombor 11″
huwaa
Seorang anak menghampiri ayahnya dengan membawa sebuah buku
Si anak : Abah, abah boleh ke menulis dalam keadaan gelap tanpa cahaya
Si ayah : Eh, tentulah boleh, ayahkan terer, hmm nak ayah tulis apa?
Si anak : Tulis nama ayah dalam buku rekod kemajuan ni, hehehe
Faham ke?
Samsul pulang dari sekolah dan memberitahu ayahnya dia dapat F dalam matematik
“Kenapa dapat F?” tanya ayahnya kehairanan
“Cikgu tu tanya, 2×3 berapa jawapannya?” dan saya jawab “6″
“Tepat jawapan tu” kata ayahnya
“Kemudian cikgu tu tanya lagi, berapa jawapannya 3×2?”
“Apa kejadah haram bezanya?” bentak ayahnya
“Haaa..macam tu lah saya cakap kat cikgu” kata si anak
Merah padam muka si ayah. Didiklah anak dengan bijaksana
1. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.
2. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.
3. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. “Laksa kedah” pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita “laksa mana ni?”
4. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu ‘babi queue’ haram dimakan oleh orang Islam.
5. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.
6. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.
7. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.
8. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)
Seorang pencuri sangat pakar merompak bank di mana kepakaran utamanya adalah memecahkan kod rahsia pintu lemari besi. Ia selalu bekerja sendiri tanpa dibantu anak buah atau asistennya. Suatu ketika, ketika di tengah malam dia memasuki sebuah bank yang baru 1 minggu dibuka / dirasmikan. Sebuah lemari penyimpanan dengan nombor rahsia yang paling canggih berhasil dibukanya. Namun ia sedikit hairan kerana di sana tidak terdapat wang sama sekali, melainkan cawan-cawan berisikan puding warna susu. Ruangannya pun dingin sekali. Akhirnya ia memutuskan untuk memakan puding- puding tersebut sebelum membuka lemari besi lainnya. Kerana lapar ia habiskan semua puding di lemari besi pertama.
Lemari besi kedua berhasil dibuka, sekali lagi ia terjumpa puding dalam cawan-cawan plastik. Seluruh lemari ada 5 unit, dan kesemuanya berisi puding, dan ia menghabiskan banyak sekali puding. Namun ia dengan kekenyangan pulang ke rumah dan masih agak heran, kenapa bank itu tidak menyimpan wang sama sekali. Atau mereka memang sudah mengetahuinya akan dicuri? Aah biarlah yang penting aku kenyang serunya.
Keesokan paginya dengan setengah mengantuk ia terbangun kerena suara penghantar surat khabar memasukkan surat khabar ke dalam rumahnya melalui celah jendelanya. Sambil menguap dia membuka surat khabar dan terpaku melihat Head Line di halaman pertama dengan judul bertuliskan dengan huruf yang besar -besar.
“BANK SPERMA DIROMPAK“
Pada suatu hari, Sarim membaca satu artikel tentang AIDS dan mengunjungi rakannya bernama Karim di sebuah kedai kopi
Salim : Kau ada AIDS kan?
Karim: Aku ada AIDS? mana ada…
Salim: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu…
Dari survey yang dilakukan Badan Kesihatan Dunia (WHO) terhadap 100 lelaki dewasa di atas umur 25 tahun, ketika ditanya aktivitinya setelah selesai berhubungan seksual:
- 10% lelaki setelah berhubungan seksual pergi mandi,
- 5% keluar kamar dan merokok,
- 3% memakai bajunya kembali,
- 2% tidur kembali, sedangkan sisanya,
- 80% pulang ke rumah isterinya.
anda bagaimana?
Disekitar awal tahun 90-an,daerah Setiu digemparkan dengan berita yang mengatakan orang meninggal, hidup balik.
Untuk mendapatkan kepastian tersebut,wartawan Ahmad Naem telah menemu bual seorang penduduk kampung yang tinggal di daerah tersebut.
Ahmad :Assalamualaikum pak cik…
Pak cik :Waalaikumussalam cu..
Ahmad :Saya Ahmad Naem dari Edisi Sia Sia,ingin menemuramah pakcik mengenai berita yang mengatakan orng meninggal hidup balik..
Pak cik :Ooo…memang benar sekali cu…setelah orang meninggal tersebut dikebumikan,maka orang yang hidup, balik ke rumah la….tak gitu.???
Ahmad :????????????
1. Lelaki yg sederhana serba-serbi mungkin cakap, ada 4 anak pun cukuplah…
tapi lelaki yang cukup serba-serbi akan kata…ada 4 bini mesti best!
2. Ibu ayam kampung cukup garang & bengis kalau anak die yg baru menetas kena kacau…
tapi ibu ayam kat bandar cukup suke kalau ‘anak2? die kena usik….
3. Orang yang sentiasa ingat TUHAN bangun awal pagi untuk SEMBAHYANG SUBUH..
tapi…orang yg fikirkan kesihatan bangun pepagi semata-mata nak JOGGING.
4. Anak dara cukup bangga kalau boleh MEMPERTAHANKAN kedaraannya,
Tapi anak teruna cukup bangga kalau dapat MEROSAKKAN dara!
5. Orang beriman selalu ingat, HIDUP MESTI MATI…
tapi orang yg tak cukup iman cakap, HIDUP MESTI TERUS…
6. Bebudak sekolah selalu belajar kira-kira dari kosong sampai sembilan….
TETAPI…. orang ‘tak sekolah’ biasa ngan 4 nombor ekor jek
Saupi menaiki kereta api ke KL. Penumpangnya agak sesak.
Antara penumpang yg ramai tu ada seorg tua yg duduk di
sebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap Saupi
brtanya kpd org tua tersebut, ” Pakcik, skrg pukul brp?”
Org tua tersebut tidak menjwb. Saupi pikir, mungkin org tua
ni kurang pendengaran lalu dia mengulangi pertanyaan sampai
3Xi. Namun org tua tu tetap berdiam diri tanpa sebarang kata.
Saupi dg agak geram mencuit org tua tersebut & berkata,
“Saya hairan mengapa pakcik tidak menjwb pertanyaan saya.
Salahkah saya bertanya?”
Orang tua itu menoleh sambil berkata, “Bukannya saya tak mau
jwb, tapi nanti kalau saya jwb, kita pasti akan bersoal jwb ttg
lain2 perkara pulak. Dan akhirnya kita akan bertambah mesra.”
Saupi termangu mendengar kata2 org tua itu. Terus dia bertanya
lagi, “Apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?”
Orang tua itu menjwb, “Apb kita bertambah mesra, nnt apb dah
sampai ke stesen, nnt kita akan turun bersama2. Saya nantinya
pasti akan memperkenalkan kamu kpd anak gadis dan isteri saya
yg dtg menjemput saya.”
“Isteri saya orgnya baik sekali. Takut nnt dipelawanya kamu ke
rumah. Nnt kamu akan mandi & berehat di rumah say. Kami juga
akan menjamu kamu di rumah saya. Setelah itu kamu jadi rapat
dg anak gadis saya & kamu akan jadi teman lelaki anak saya. Lama2
kamu akan menjadi menantu saya,” katanya lagi.
Saupi menjadi semakin bingung lalu dia terus bertanya, “Pakcik, apa
hubungannya semua ini dg pertanyaan saya yg pertama tadi? Saya
cuma nak tahu skrg ni pukul brp?”
Sambil berdiri org tua tersebut menjwp dg lantang, “Masalahnya?
Masalahnya AKU TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SPT KAMU.
JAM TANGAN PUN TAKDERRR!”
Addduuu, jauh sungguh pemikiran org tuan ni. Sungguh futuristik!
Sorang wartawan terkenal begitu keras kepala dan mengaku ianya betul dalam segala hal.
“Kau selalu menyangka bahawa kau benar,” tegur bosnya.
“Padahal kau juga pernah salah bukan?”
“Memang,” sahut si wartawan.
“Pernah sekali saya membuat salah.”
“Nah! kau mengaku juga akhirnya” balas Bosnya dengan gembira.
“Bila itu?” tanya Bosnya lagi..
“Sudah lama..” Jawab wartawan, “iaitu ketika saya menyangka bahawa saya salah… dan ternyata saya benar…”
Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.
Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu. Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur. Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia bertanya: “Kenapa kamu berbaris di sini?”
Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan mengatakan ada dermawan akan membahagi-bahagikan buah orange dan sebab itulah beliau berbaris. Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan. Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya. Dia berbaris di belakang.
Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu. Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat. Dia tercengang lalu tertanya: “Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?”
Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu menjawab: “Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering.”
Sepasang kekasih yang hendak menikah sedang berbincang. Si Gadis berbisik pada kekasihnya, “Sekarang waktunya kita saling jujur agar kelak kita tidak kecewa.”
Si Pemuda mengangguk. Gadis berkata “Sesungguhnya dada saya rata..seperti
Papan…kalau kau tidak suka katakan saja. Kita boleh batalkan pernikahan ini. Saya
sedia menghadapinya”, kata gadis. Pemuda dengan lemah lembut menjawab, “Itu tidak masalah. Bagiku seks bukanlah hal yang penting. Tetapi cinta kasih” Gadis pun lega mendengarkannya. Saya juga perlu mengatakan sesuatu sejujurnya padamu.”, jelas
pemuda. Gadis mengangguk tersenyum. “Sesungguhnya ‘anu’ saya seperti bayi…”, kata pemuda. Sstt…sudahlah itu tidak penting. Bagiku seks bukanlah hal yang penting.
Tetapi cinta kasih.”, sahut si Gadis. Pemuda pun lega mendengarkannya. Malam pengantin tiba. Gadis mula membuka baju dan nampaklah dadanya yang
memang..memang…benar-benar.. rata. Pemuda hanya tersenyum melihatnya.
Kemudian pemuda mula membuka seluarnya sehingga nampaklah ‘anu’nya.
Melihat itu gadis menjerit dan pengsan. Setelah sedar si gadis bertanya, “Kau katakan ‘anu’mu seperti bayi…?”
“Ye la memang seperti bayi,… panjang 50 cm dan berat 3 kg”
Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor Dan bertanya,
“Doktor, saya Ada masalah dengan perut yang selalu berangin,
Tapi tak pernah menganggu saya…kentut saya tak pernah
Berbau, Dan senyap. Jadi saya selalu kentut.
Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua
Itu Dan perempuan tua itu berkata, “Sebenarnya, saya sudah
Kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor.
Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau Dan
Senyap.”
Doktor itu menjawab, “Ok, sekarang ambil pil ini Dan datang
Jumpa Saya minggu depan.”
Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali.
“Tuan Doktor,” panggilnya sambil marah-marah, “Saya tak tau
Pil apa yang yang doktor beri pada saya, tapi sekarang
Kentut saya…walaupun masih senyap…tapi baunya sangat
Busuk.”
Doktor itu membalas, “Bagus!!! Kita sudah mengobati hidung
Makcik yang tersumbat, sekarang, mari saya periksa telinga
Makcik.”
Seorang mahasiswa menulis surat kepada ayahnya yang berbunyi begini.
Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada
ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin
meminta wang sebanyak RM1000 daripada ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.
Salam dari anakanda,
Sarip.
P/s: Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya
cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.
Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas.
Kepada Sarip,
“Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima”
Dari Ayahmu.
Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.
“Seberapa burukkah pendengarannya?” tanya doktor.
“Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya.”
“Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya.”
Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, “Makan apa kita malam ini?” Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.
Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
“Makan apa kita malam ini?” katanya separuh menjerit.
Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:
“Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!”
Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.
Lelaki tua : “Siapa disini yang ada burung?” Seluruh penduduk laki-laki
segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu
menambah “bukan itu maksud saya”. Lalu di ajukan soalan yang lain…….
“maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?” Maka seluruh penduduk wanita berdiri. kerana menyedari pertanyaannya masih
tidak betul, maka dengan muka merah dia menyambung, “maaf, bukan itu maksud saya”. Sekali lagi di cuba bertanya, “maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya”? Separuh penduduk wanita berdiri.
Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi, “maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?”
Lalu, Isteri lelaki itu pun pun berdiri….
Dua orang kanak-kanak bermain-main di kawaan padang rumput. Semasa melintasi selonggok ranting kayu, mereka terjumpa tahi arnab bersepah-sepah.
“Eh hapa ini, macam pil laa…”
“Oh…inilah Pil Cerdik. Sapa-sapa yang makan pasti akan menjadi cerdik.”
Budak itu pun makan, “Erghk…rasa macam tahi la…”
“Haaa.. ngko sudah pun menjadi cerdik..Pandai beza yang mana satu tahi. Sebab aku tak tau nak bezakan yang mana satu tahi” kata budak yang satu lagi.
Seorang penerbit filem mahu menerbitkan sebuah filem yang paling
canggih dalam dunia, dan dalam filem itu ada adegan pertempuran yang
paling hebat pernah diadakan.
Penerbit : saya akan menggunakan dua pasukan tentera setiap satu
mempunyai 25 ribu tentera.
Pengarah : kalau 2 pasukan menjadi 50 ribu, bagaimana kita mahu
membayar mereka?
Penerbit : ini lah yang saya telah rancangkan, kita gunakan peluru
hidup!
Satu hari semasa kelas memasak, guru ERT kami, Pn. Rahmah sedang menceritakan rahsia resepinya membuat ramuan sos yang sempurna lagi enak. Dia kemudiannya mengarahkan kami membawa senduk kayu sebagai persediaan membuat latihan masakan esok hari. Sebelum keluar dari kelas, dia sekali lagi mengingatkan “Jangan lupa!, bawa senduk kayu bukannya senduk besi”.
Semasa saya sedang menyediakan ramuan sos esok harinya, saya memikirkan rahsia di sebalik penggunaan senduk kayu berkenaan. Saya amat merasakan yang ianya adalah berkaitan dengan ‘kepanasan’. Untuk memuaskan hati, saya mengambil keputusan bertanya terus kepada Pn. Rahmah “Kenapa kami mesti menggunakan senduk kayu dan bukannya senduk besi seperti biasa?”.
Dengan selambanya dia menjawab “Sebab, jika saya terpaksa lagi mendengar riuhnya bunyi senduk kamu berlaga dengan peralatan2 besi lain ketika kamu semua memasak, saya boleh menjadi gila”
Lima pakar bedah sedang berbincang siapakah yang boleh menjadi pesakit mereka yang terbaik untuk mereka laksanakan pembedahan.
Pakar bedah pertama berkata, “Saya suka melihat seorang akauntan di atas meja pembedahan saya, sebab apabila anda membukanya, segalanya di dalam diri mereka adalah dinomborkan.”
Pakar bedah kedua menjawab, “Ya itu mungkin betul, tapi awak patut mencuba juru-elektrik, segalanya dalam kod berwarna.”
Pakar bedah ketiga menyambut, “Ohh… tidak!. Saya betul-betul meraskan bahawa pustakawan adalah yang terbaik, segalanya dalam susunan abjad.”
Pakar bedah keempat pula bersuara, “Kamu semua tahu, saya sukakan pekerja binaan, mereka selalu mengetahui bila anda tertinggal barangan tertentu dalam diri mereka dan bilakah sesuatu kerja mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan.”
Tetapi pakar bedah kelima membuatkan mereka semua terdiam apabila beliau berkata, “Kamu semua silap, ahli politik adalah yang termudah untuk dibedah. Mereka tiada berhati perut, tiada perasaan, dan isi kepala mereka sentiasa boleh diubah-ubah.”
Pak pandir: Selamat pagi tuan
Polis: Selamat pagi…apa boleh saya bantu?
Pak pandir: Saya nak buat report tuan..
Polis: Pasal apa tu encik?
Pak pandir: Pasal kawan saya di baham harimau…
Polis: Pukul berapa
Pak pandir: Tak sempat pukul tuan…harimau dah ngap dulu..
Polis: ?? habis?..
Pak pandir: Tak habis tuan..kepala kawan masih ada lagi
Seorang anak bercerita kepada ayahnya bagaimana dia membayar tambang bas ketika pulang dari sekolah tengah hari tadi.
Anak : Ayah, tadi Man balik naik bas.
Ayah : Eh, Pak Abu tak jemput Man ke hari ni?
Anak : Tak.
Ayah : Man ada duit ke nak bayar tambang?
Anak : Ada, ayah tapi kurang seposen.
Ayah : Tambang bas berapa sen?
Anak : 60 sen.
Ayah : Man ada berapa sen?
Anak : 50 sen saja.
Ayah : Habis tu, macamana man bayar tambang?
Anak : Man ada 50 sen, Man buat muka seposen. Cukuplah jumlahnya 60 sen.
Ayah : Bertuah punya anak. (Dalam hati: Pandai jugak anak aku ni)
Majlis pernikahan dah selesai tetamu sudah balik si ayah mengelamun sendiri.
Di kamar pengantin kedua mempelai asyik membelek hadiah-hadiah
si ayah pasang telinga mendengar perbualan.
Kedua pengantin sedang membelek sepasang kasut hadiah dari tetamu yang datang.
” Nak cuba pakai malam ni , bang.” pengantin perempuan bersuara
berdebar dada si ayah mendengarnya.
” Boleh saja biar abang masukkan?”
Pengantin lelaki menyarung kasut di kaki isterinya.
“Tak muat bang, sempit oh sakitnya.” Ternyata kasut bukan saisnya.
“Kalau Tak muat nak buat camana?” Pengantin lelaki gundah suaranya.
” Sapu air liur…!” Si ayah bersuara
Ketawa pengantin berjela-jela.
Ternyata si ayah silap sangka.
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
Mendengarkan penjelasan Amin, Shan pula menangis.
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua
burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya
diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata
kepada si penjual burung.
Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam
itu RM1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.
Pak Pandir Beli TV
Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..
Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
Penjual :
Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau......
Prasejarah
Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran pra sejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Komeng yang sedang bertugas lalu bertanya,
Komeng: ada apa pakcik?
Pakcik: Pakcik nie nak bertanya... agak-agaknye la berapa umur dinasour nie?
Dengan penuh yakin Komeng menjawab
Komeng: Satu juta tahun, empat bulan,
Pakcik: Terernya awak... macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?
Komeng: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang saya dah empat bulan
Muntah-muntah
Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.
Peserta pertama dari Amerika..
Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.
Peserta kedua dari Jepun..
Baru 10 minit dia sudah pengsan.
Peserta ketiga dari Afrika,
Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.
Terakhir peserta dari
Baru 1 minit... 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah.
ANAK DAN BAPA
Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak
pernah bersekolah.
Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya
Ayah: Itupun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!
Balasan Si Mat Rempit
Pada suatu hari, seorang penunggang (Mamat) motosikal telah ditahan polis. Dia ni kena tahan kerana tak pasang lampu waktu malam di bandar berhampiran rumah dia. Dia bagi la.. alasan.
Mamat: Apa ni? Nak pasang lampu nak buat apa?
Polis: La.. tak kan tak tau kot.Untuk keselamatan ko la.
Mamat: oitt.. sana ada lampu, sini ada lampu, situ ada lampu, mau pasang lampu lagi ka?
Polis: Kuang ajo punya budak. Jaga ko!!!
Lalu polis tu pun buang angin kat tayar motor budak tu.
Mamat: oi! oi! apa ni gilo apa. Camna aku nak balik?
Polis: La...sana ada angin, sini ada angin, situ ada angin, mau angin lagi ka?
Seorang penumpang berada di atas kapal terbang yang sedang terbang melintasi Lautan Hindi. Di sebelahnya sedang mengelamun seorang lelaki separuh umur. Penumpang ini pun bertanya kepada lelaki di sebelahnya itu, “Encik orang Melayu ke?”. Lelaki itu menoleh kemudian berkata dengan yakin “Bukan!”. Penumpang tadi berasa kurang puas hati. Dia bertanya sekali lagi, “Awak ni bukan orang Melayu ke?”. Lelaki tadi memandangnya dengan renungan yang tajam, “Saya kata bukan, bukanlah”.
Selang beberapa minit kemudian, penumpang itu bertanya lagi, “Encik pasti bahawa encik bukan orang Melayu?”. Lelaki itu tidak menjawab. Tetapi dia akhirnya menganggukkan kepalanya. Selepas itu dia mengeleng-mengelengkan kepalanya. Dalam hatinya berkata “Tak faham Melayu ke dia ni. Nampak macam orang Melayu”.
Selang beberapa minit kemudian, penumpang itu bertanya lagi “Encik, adakah encik orang Melayu?”. Lelaki itu akhirnya menjawab dengan rasa bosan tetapi yakin, “Ya!, saya orang Melayu”. Selesai dia menjawab, penumpang tadi ketawa berdekah-dekah. “Kah! Kah! Kah!”. Lelaki itu kemudian bertanya “Kenapa awak ketawa?”. Jawab penumpang itu sambil terus ketawa besar “Kah! Kah! Tapi rupa awak tak nampak macam rupa orang Melayu”. “Kah! Kah! Kah!” dia terusan ketawa.
1. Lif bergerak ke tingkat atas walaupun lelaki itu menekan G kerana lif itu > dalam perjalanan ke tingkat 56 untuk mengambil perempuan cantik itu yang ‘memanggilnya’ terlebih dahulu. Si lelaki pula ketika menunggu di luar pintu lif telah menekan kedua-dua iaitu butang untuk ke atas dan turun ke bawah. Sebab itulah lif berhenti bila tiba ke tingkat 40, sebelum teruskan perjalanan ke tkt 56.
2. Perempuan cantik tu pun pekerja di KLCC tu juga. Lelaki tu tak pernah tengok sebab dia tak pernah pun ke tingkat atas sebelum ni dan pernah terserempak pun dgn perempuan tu sbl ni.
3. Bau harum semerbak tu, adalah hasil bau wangian (perfume) yang dipakai oleh perempuan tu.
4. Pukul tiga tu bukanlah pukul 3 pagi tetapi 3 petang. Memang orang dah tak ada kerana hari tu hari Sabtu, kerja separuh hari.
5. Aaa…. bab kenapa lif tu berhenti di tkt 18. Itu lelaki tu pun tak pasti > kenapa. Katanya, mungkin kebetulan, mungkin ada masalah gangguan letrik, atau pekerja sedang baiki lif….. entahlah… aku pun tak tahu. Katanya > lagi “Kalau aku tahu sebabnya, tentulah aku tak alami peristiwa lucu ni. Bodoh….