Salah Paham

Kisah ni terjadi waktu aku mula-mula masuk keje dulu..waktu tu aku menunggu supervisor aku di kantin pejabat..untuk di berikan taklimat kerja...(Semua nih terjadi adalah akibat hobi aku yg suker sgt tengok cite hindustan di t.v).

Tunggu punya tunggu supervisor aku pon datang dengan seorang Bangladesh...dan sesi taklimat pon bejalan dengan lancarnya...Pada hemat aku mestilah si bangla nih akan menjadi orang bawahan aku (yelah mana tau ek...) Tapi sangkaan ku meleset ruper-rupa nya dialah senior yang akan menilai aku nanti...

Di akhir taklimat itu (sebelom bersurai) barulah supervisor aku tu memperkenalkan aku pada si bangla tadi...

Bos aku cakap pada si bangla tu "Ni kamil,dia ialah pekerja syarikat kita yg baru...". Pastu si bangla tu pon menghulurkan tangan sambil berkata "syabas.." aku dengan sopannya pon menjawab balik "thank you..."(tapi aku tengok muka dia semacam pelik).

Sewaktu nak besurai tu supervisor aku berkata kepada si bangla tadi "Syabas..u tolong tunjuk-tunjukkan kawasan sekitar pada Kamil ye..." aku pon aper lagi,tekejut becampor malu la...ruper-rupa nya nama dia Syabas, bukan ucapkan syabas(tahniah) kat aku tadi...malunya aku....

moral- jgn tepengaruh ngan cite hindustan...

No comments:

Post a Comment

Penafian

Team Lawak Jenaka Online Ingin Menyampaikan Permintaan Maaf Yang Sebesar-besarnya Kepada Semua Pemilik-pemilik Artikel Lawak Jenaka Di Dalam Blog Lawak Jenaka Online Ini.

Semua Artikel Lawak Jenaka Diterima Dari Pengunjung & Peminat Blog Lawak Jenaka Online.

Team Lawak Jenaka Online Tidak Melakukan Plagiat Terhadap Blog-blog Lain.

Letakkan URL Anda.