Kisah Mengarut Empat Musim - Musim 2

Kisah Mengarut Musim Kedua


Jam menunjukkan pukul lapan pagi.habisss..aku terlambat ke sekolah.aku terus masuk kebilik air.aku gosok gigi dengan ganasnya.tiba tiba berus gigi itu terbenam di kerongkong.aku gelak kesakitan.tanpa mandi aku terus pakai baju sekolah dan turun untuk bersarapan.tapi sarapan dah habis dimakan oleh seorang cicak.aku memarahi mereka dengan bernafsu.cicak itu mula mengalirkan air mata dan berasa insaf.kami berpelukan selama beberapa minit.aku naik basikal ke sekolah.dengan kelajuan 150km/j,aku sampai ke sekolah jua.sememangnya aku terlambat.semua orang dah mula belajar.pagar pun dah kunci.jadi aku terpaksa panjat pagar sekolah.tiba tiba aku tersilap langkah lalu perut aku tertikam dipagar.tapi aku cepat cepat melangkah untuk masuk ke kelas.tanpa disedari,guru besar mengintip aku.aku masuk ke kelas.cikgu ramlah terus membelasah aku dengan penyapu dan meja.selepas itu aku duduk terus untuk belajar..hampeh ,aku lupa bawak beg sekolah.sekali lagi aku dibelasah.kali ni cigu ramlah dengan satu kelas belasah aku dengan riangnya.tangan aku putus,pusat aku patah riuk,gigi aku terkoyak sikit.melihat keadaan aku yang sadis,mereka meminta maaf dan mula melayan aku dengan baik.tiba tiba aku dipanggil guru besar.ini mesti pasal datang lambat.aku mula ke bilik guru besar di tingkat 8.baru selangkah aku masuk biliknya,dia terus mengikat aku dan menggigit kuku dan dahi aku.aku menjerit.dia pun menjerit juga.tiba tiba aku dapat kuasa khas.aku terlepas dari ikatan dan ikat dia balik.lepas tu aku campak dia ke bawah.dia telah mati akhirnya.mayatnya lepas itu dikerumuni dan dimakan cicak dan lipan.semua orang tengok kejadian itu dengan hati terbuka.aku yang masih geram terus balik ke rumah. dalam perjalanan tibatiba seorang lipan melempang tulang belakangku.apasal la pulak dia ni.aku yang tengah geram ni pun lantas menyerang lipan angkuh itu.dia mengkarate bulu mata aku.aku jerit kesakitan.dia gelak keriangan.aku dengan buasnya menggigit kerongkongnya.at last mati juga dia.kemudian dengan gayanya aku beredar.sampai juga ku ke rumah.aku terus mandi dan tidur sambil menanti hari esok.

No comments:

Post a Comment

Penafian

Team Lawak Jenaka Online Ingin Menyampaikan Permintaan Maaf Yang Sebesar-besarnya Kepada Semua Pemilik-pemilik Artikel Lawak Jenaka Di Dalam Blog Lawak Jenaka Online Ini.

Semua Artikel Lawak Jenaka Diterima Dari Pengunjung & Peminat Blog Lawak Jenaka Online.

Team Lawak Jenaka Online Tidak Melakukan Plagiat Terhadap Blog-blog Lain.

Letakkan URL Anda.