Penyakit Lupa

Ada 3 orang wanita yang sudah lanjut usianya bercerita tentang penyakit lupa.

Wanita1 : Ehhh korang nak tahu tak ? Aku ni kan pelupa sangat tau. Ada kah pernah satu hari tu aku boleh terlupa kat mana tuala aku simpan padahal kat bahu aku jerk. Siap aku berleter ngan anak² sangkakan dorang dah sembunyikan tuala tersebut.

Wanita2 : Ahhh itu belum cukup teruk lagi,.. aku ni lagilah teruk hari tu aku berada kat tangga rumah,.. boleh² aku terlupa nak naik ker turun,.. tak gila kau !!!

Wanita3 : Ahahahhahah teruklah korang ni ( ketawa berdekah² sambil tangan mengetuk² atas meja kerana terlalu gelihati dengar cerita dorang ) Nasib baik aku tak seteruk korang. Hahahahhaha. Ehhhh ,... korang dengar tak sesuatu ??

Wanita1 dan Wanita2 : Tidak ?? ( menggeleng kepala )

Wanita3 : Korang tak dengar ada orang ketuk-ketuk pintu

Wanita1 dan Wanita2 : !@ $%

Rupa²nya wanita3 itu terlupa yang dia masih mengetuk-ngetuk meja dan menyangka pintu rumah diketuk orang.

No comments:

Post a Comment

Penafian

Team Lawak Jenaka Online Ingin Menyampaikan Permintaan Maaf Yang Sebesar-besarnya Kepada Semua Pemilik-pemilik Artikel Lawak Jenaka Di Dalam Blog Lawak Jenaka Online Ini.

Semua Artikel Lawak Jenaka Diterima Dari Pengunjung & Peminat Blog Lawak Jenaka Online.

Team Lawak Jenaka Online Tidak Melakukan Plagiat Terhadap Blog-blog Lain.

Letakkan URL Anda.