Barang tak guna

Chot dan bini dia dah kawen lebih 10 tahun.Satu hari time bini Chot balik dari menjenguk maknya, dia nampak Chot tgh "bedroom lambada" dgn pompuan muda dlm bilik. Dgn marah, bini Chot menghempas pintu dan berlari tinggalkan rumah. Chot mengejarnya sambil berkata, "Dengar dulu penjelasan abg. Paling tak pon sblm awak pegi, awak kena tahu punca kejadian ni."

Agak kebingungan, bini Chot menghentikan langkah. "Tadi waktu balik pejabat, abg nampak pompuan muda ini kat tepi jln, dgn pakaian compang camping dan basah sbb hujan. Kesian nyer pasal, abg bawak dia ke rumah. Dia lapar, jadi abg bg makanan yg awak simpan di stor, yg awak tak nak lagi. "

"Pas tu, abg bg pakaian awak yg dah lama tak dipakai sbb dah kecik dan bila abg nengok dia tidak pakai selipar, abg bg selipar dia yg awak tak pakai lagi sbb dah ketinggalan zaman. Terus abg bagi dia baju hujan yg dulu abg belikan utk ulang thn perkawenan kita, tapi tak penah skali pon awak pakai sbb warnanya tak cantik," kata Chot lagi. Chot menambah,

"Sebenarnya pompuan tu dah nak pergi tadi..."

"Habis, awat dia still ada kat sini?" soal bini Chot.

"Sblm pompuan tu pegi tadi.. dia sempat tanya... "Ada lagi tak brg lama yg tak pernah lagi diguna oleh isteri Encik?"

KUCING

Chot dan Chet baru je diberhentikan kerja sebab ekonomi meleset... Dua-dua orang tak tau apa nak buat dan camner nak cari rezeki utk mengisi perut mereka nanti. Tetiba Chet bagi idea, "Kita rompak rumah Pak Chat malam ni? Dia ada banyak duit dan harta kat rumah dia!" Chot setuju dan akhirnya kedua-dua mamat ni berjaya menyusup masuk ke dalam rumah Pak Chat. Chot berminat dengan home theater system Pak Chat. Di angkatnya set tu satu-satu letak kat luar. Ntah camner, tetiba dia terjatuhkan mikropon ke lantai. Pak Chat yg tidur dalam bilik yang tak jauh dari ruang tamu tu terjaga dan menjerit, "Siapa tu?" Dengan tenang Chot menjawab, "Mmmeeeeooooowwwwwww!!!!!!!!"

Kemudian seluruh rumah senyap seketika. "Pak Chat dah tidor balik agaknya!" fikir Chot. Dia terus menerus sambung angkat set home system tu kuar rumah. Chet pulak sibok dok angkut set barang antik dalam almari Pak Chat yang tak jauh dari ruang tamu tadi. Tengah syok dok kaut barang-barang tu, Chet terjatuh kan satu mangkuk kaca... jatuh ke lantai dan bersepai. Kaca berselerakan. Sekali lagi terdengar suara Pak Chat. "Siapa tu?" Chet menjawab, "Ini kucen yang lagi satu!"

Kencing

Satu hari Chot terbangun mlm. Dia nak terkencing. Dia pun masuk bilik air. Chot sungguh terkezut bila lampu tu terbuka sendiri. Lepas kencing dia pun terus keluar dan dia tutup pintu toilet... Sekali lagi dia terkejut bila lampu toilet tu tertutup sendiri... Cepat-cepat dia kejut kan bini dia yang tengah lena tidur. Dia pun menceritakan hal yg terjadi kat toilet tadi..lampu tu terbukak dan padam sendiri. Bini Chot yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun berkata.. "Dah... dia buat dah perangai lama... Awat hang kencin dlm peti ais...???

Harta Tujuh Keturunan

Ada seorang Ibu sedang bercerita pada anaknya.
Ibu :"Dulu katanya keluarga kita adalah keluarga yang sangat kaya raya dan kekayaan harta keluarga kita cukup untuk 7 turunan".
Anak :"Tapi, kenapa keluarga kita sekarang miskin sangat bu?"
Ibu :(tersipu malu)"Kerana kita ini keturunan yang ke 8".

Fantasi Pemandu Teksi

Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya...

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya... saya selalu berfantasi....maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."

"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata...
"iya...iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...

"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"

I am Sorry...

Untuk menunjukkan kekuatan dan kehebatan negara masing-masing, maka antara Orang Amerika, Inggeris, dan Israel menguji kemampuan menggunakan panah. Dengan memanah buah epal yang diletak di atas kepala orang Arab.

Orang Amerika diberikan kesempatan pertama dan berhasil membelah buah epal menjadi dua, lalu berteriak: I am RAMBOO! Selanjutnya, orang Inggris pun berhasil memanah buah apel hingga terbelah menjadi empat tanpa mengenai kepala Si Arab, dengan tak mau mengaku kalah ia pun berteriak: I am ROBINHOOD!

Giliran terakhir, orang Yahudi dengan tenang dilepaskan anak panahnya dan tepat mengenai "mata si Arab", lalu dengan bersorak penuh kemenangan ia berteriak: I am SORRY!

Cerita Seorang Cucu

Seorang datuk dan cucunya sedang berjalan-jalan. Kerana hari panas mereka beristirahat di bawah pohon yang di depannya ada kolam ikan. Si cucu nie memang suka menanyakan berbagai soalan kepada datuk.

"Tok, adakah atok akan memberi saya duit RM100, bila saya berhasil menegakkan seekor cacing tegak lurus di atas tanah?" Si datuk tak percaya. Fikirnya mana boleh. Kata datuk: "Ok, kalau berjaya, besok atok kasi kamu RM100." Si cucu lantas mencari cacing di pinggir kolam. Terjumpa seekor. Dibawanya cacing tersebut ke depan datuknya. Lalu si cucu mengambil hair-spray dari poket baju. Si cacing yang malang disprey beberapa kali, lantas mati keras. Dengan mudah si cucu menegakkan cacing tegak lurus di atas tanah. Si atok kagum, cucunya memang bijak. Sampai di rumah berceritalah si cucu tentang janji datuk pada neneknya. Si nenek mendengar penuh kagum. Leka bercerita si cucu pun tertidur. Pagi esoknya si nenek mencari cucunya sambil membawa duit RM200.

"RM100 dari atok, dan RM100 lagi dari nenek untuk idea yang bagus." kata sang nenek. Si cucu melopong tak paham.

Monyet dan Kura-kura

Satu pertandingan menjawab teka-teki telah diadakan antara sang monyet dan kura-kura. Al-kisahnya, mereka sebenarnya nak beradu kekuatan, tetapi tidak mahu menggunakan cara cerita zaman kanak-kanak dulu yang mana arnab berlumba lari dengan kura-kura...

Mengikut mereka, zaman IT ni lebih baik meraka menggunakan kepintaran akal dalam menjawab teka-teki. Teka-teki dimulakan dengan monyet (yang agak angkuh) bertanya soalan kepada kura-kura...

Monyet : Apakah yang sama macam lembu, muka macam lembu, ekor macam lembu, tanduk macam lembu... tetapi bukan lembu...

Kura-kura : Nanti aku fikir sekejap..

Monyet : Jangan lama-lama sangat. Ini tak main talian hayat tau! (Monyet merasakan bahawa kura-kura pasti tidak boleh menjawab soalannya.)

Kura-kura : Aku rasa jawapannya ialah.... GAMBAR LEMBU... Betul tak nyet??

Monyet : Betul!!

Kura-kura : Soalan tu, budak pra sekolah pun boleh jawab.

Monyet : Ye lah tu.... Soalan kau pulak macamana?? Aku tak sabar nak jawab ni..

Kura-kura : Buah apa yang sering menimbulkan pertanyaan??

Monyet : Ada berapa talian hayat?

Kura-kura : Aku bagi kau teka sampai 3 kali.

Monyet : Durian..

Kura-kura : Salah..

Monyet : Rambutan

Kura-kura : Salah jugak

Monyet : Buah tangan

Kura-kura : Pun salah

Monyet : Kalau semua salah.... apa jawapannya?

Kura-kura : Buah epal

Monyet : Kenapa buah epal??

Kura-kura : Tu.. kau dah buat pertanyaan..... Ini bermakna buah epallah jawapannya. Ini bermakna aku menang!!!

Kura-kura meninggalkan monyet yang masih termanggu-manggu memikirkan jawapan yang diberi oleh kura-kura tadi sambil berkata "Dah la tue monyet ko dah kalah dari ko susah-susah nak pikir jawapannye tu lebih baik ko pergi buat kerja, layan blog nie sehari semalam pon tak boleh abis... dah nyet gi buat kerja yer nyet !!"

Makna politik bagi seorang kanak-kanak

Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti "politik". Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti "politik" itu.

Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, "Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami".

Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti "politik".

Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : "Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan".

Segalanya Hitam

Alkisah di negara Afrika sana, manusia yang paling hitam adalah yang paling hebat! Hitam dalam erti hitam segala-galanya, itulah Negro Sejati! Ada 3 orang budak kecil yang sedang membandingkan kehitaman bapa mereka.

Budak 1 : " Bapak aku kelmarin sedang mengupas epal, tangannya terluka, DARAH nya HITAM!!!!...

Budak 2 : " Ayah aku semalam sedang betulkan antena, dia terjatuh sampai patah tulang, TULANG nya HITAM !!!"

Budak 3, tak mahu mengalah : "Hm.. itu belum seberapa, malam tadi waktu kami sedang menonton TV diruang keluarga, tiba-tiba bapak aku KENTUT, tiba tiba seluruh ruangan tu jadi GELAP !!!!!!"

Penafian

Team Lawak Jenaka Online Ingin Menyampaikan Permintaan Maaf Yang Sebesar-besarnya Kepada Semua Pemilik-pemilik Artikel Lawak Jenaka Di Dalam Blog Lawak Jenaka Online Ini.

Semua Artikel Lawak Jenaka Diterima Dari Pengunjung & Peminat Blog Lawak Jenaka Online.

Team Lawak Jenaka Online Tidak Melakukan Plagiat Terhadap Blog-blog Lain.

Letakkan URL Anda.