Vibrate

Di dalam satu bilik darjah, semua pelajar tidak dibenarkan untuk bercakap. Tetapi ada seorang budak yang bernama Manap bergegar-gegar sehingga mengganggu pengajaran yang disampaikan oleh si cikgu.

Cikgu: Manap, kenapa awak bergegar-gegar? Awak tak sihat ke?

Manap: Maaf cikgu. Saya terpilih opsyen ‘vibrate’. Saya tukar kepada silent ya.

2 Minggu sahaja

Belajar Dua Kali Lebih Cepat

Meng Keong baru tiba dari Selatan China. Dia bercadang untuk belajar bahasa tempatan dengan segera supaya mudah baginya untuk berkomunikasi dengan rakyat tempatan.

Dia ke sebuah kedai buku dan menemui sebuah buku bertajuk “Belajar Bahasa Melayu dalam masa sebulan sahaja”. Dia lantas mengambil dua buah buku itu. Taukeh kedai itu bertanya kepadanya “Satu lagi buku ini, untuk kawan awakkah?”

“Ohh tidak, Saya cuma mahu mempelajarinya dalam masa dua minggu sahaja”.

Lawak pencungkil gigi

Ajoi, secara diam-diam dah 'mengonqure' lawak hangat di internet, malah dah lama aku tak buat entri pasal Ajoi ni tapi ada yang dah mula rindu tuh…hohoho…

Ajoi suka mencungkil gigi selepas makan. Untuk menyenangkan dia, dia meletakkan pencungkil gigi dan letak atas meja makan macam kat restoran tu.

Satu hari dia bising-bising..

Ajoi: Siapa ambik aku punya pencungkil gigi ni, cepat betul habis..

Pancis : Wak Sumardi la tu, aku selalu nampak dia ambik lepas makan.

Wak Sumardi : Ceh, aku ambil sebatang jer lepas makan


Ajoi: Kalau sebatang takper la, ni sampai licin.

Wak Sumardi : Radin la tu, aku ternampak dia selalu ambil segenggam pencungkil gigi ko… tak tau dia buat aper..

Ajoi: Ni yang aku hangin ni, cubalah berjimat sikit. Tengok macam aku…

Lepas makan aku guna sebatang jer…. lepas tu aku letak balik dalam bekas tu…

Wak Sumardi : Uwekkkkkk…!!

Lawak-lawak pendek

Banduan newbie

Seorang banduan baru sahaja dimasukkan ke penjara dan memasuki selnya. Macam biasa, banduan lama (otai) akan menemuduga banduan baru (newbie)

Banduan otai: "hoi…kenapa lu dimasukkan ke penjara?"
Banduan newbie: "saya cuma memecahkan tingkap di tempat kerja saya"
Banduan otai: " hah..!? cuma pecahkan tingkap jer kena masuk sini? lu kerja kat mana ?"


Banduan newbie: " Kapal selam"

Pelupa

Ajoi memang sangat pelupa. Menyedari kekurangannya dia berkongsi masalah dengan Wak Sumardi.
Wak Sumardi : ko dah cuba apa-apa?
Ajoi : Aku sudah beli buku mengenai Program kilat meningkatkan daya ingatan yang disusun oleh seorang profesor terkenal.
Wak Sumardi : Hasilnya?
Ajoi : Sama saja
Wak Sumardi : Teorinya gagal?
Ajoi : Bukan begitu…aku lupa dimana aku letakkan buku tu….

Chewing gum

Ajoi duduk berhadapan dengan seorang mak cik dalam komuter.
AJoi tengah syok mengunyah chewing gum sambil berangan aweknya.
"Tak guna kamu bercakap pada mak cik, Nak!" kata mak cik tersebut, "Aku pekak" sambungnya.

Langgar lampu merah

Ajoi kena tahan polis kerana melanggar lampu merah.

Polis: Awak nampak lampu merah?
Ajoi: Nampak tuan!
Polis: Kenapa kamu tak berhenti?
Ajoi: Saya tak nampak tuan, tuan! Kalau nampak confirm saya berhenti.

Sebelas Jadinya.

Seorang guru menanya soalan kepada pelajar tahun satu. Hari ini merupakan hari pertama persekolahan.
Cikgu Siti: Ok, murid-murid.. sapa yang boleh jawab soalan cikgu akan bagi dia pulang dulu.. 5 darab 2 berapa?(semua murid diam… tiba-tiba seorang bangun menjawab)
Murid: Sebelas cikgu!!
Cikgu Siti: macammana kamu dapat jawapannya?
Murid: saya kira dalam kocek seluar, cikgu!
Cikgu: tu.. laa lain kali jangan kira dalam kocek, sebelaslah jadinya.

Akhirnya Dia Mengaku Juga

Sebuah tengkorak telah ditemui di tapak pra sejarah di Kedah. Para pengkaji menghadapi masalah untuk menentukan usia tengkorak tersebut walaupun telah mengkaji sekian lama.

Tengkorak itu juga dihantar kepada beberapa makmal yang berbeza namun hasilnya juga adalah berbeza diantara satu sama lain. Usia tengkorak tetap juga gagal disahkan.

Setelah 6 bulan berlalu tanpa hasil, seorang pemuda menawarkan diri untuk menentukan usia tengkorak tersebut. Dua hari kemudian pemuda tersebut mengumumkan usia tengkorak tersebut 234 tahun 3 bulan dan 12 hari.

Para pengkaji berasa hairan dan bertanya "bagaimana kamu boleh menentukan usia tengkorak tu dalam 2 hari sedangkan kami punyai alatan canggih pun tak berjaya?"

"Oh, agak susah juga, setelah saya menumbuknya hingga parah barulah ia nak bagitau umurnya yang sebenar, hehe" jawab pemuda tersebut.



Ebook Panduan HANGAT!

Kisah Kentut

Orang sihat kentut 3 kali sehari
Orang normal kentut 5 kali sehari
Kentut 8 kali sehari tandanya ada tersalah makan
Jika kentut melebihih 15 kali sehari dikira sebagai abnormal.
JIKA KENTUT MINIMAL 30 KALI SEHARI=KILLER
KENTUT BERFREKUENSI 15.000 HZ=BOMBER
KENTUT BERTUBI-TUBI=MACHINE GUNNER
KENTUT TAK BERSUARA=STEALtH KILLER, MISTERI
KENTUTNYA DISINI YG KENA HIDU BAU DISANA=SNIPER
HENDAK KENTUT TAPI TAK BOLEH KENTUT=IRI
KENTUT DIPAKSA2 TAPI YG KELUAR AMPASNYA=BODOH
KENTUT TAPI AMPASNYA IKUT KELUAR=TAK SABAR
ORNG KURANG KERJA=YG BACA
ORANG GILA=KERJAnya meneliti orang kentut


Ebook Panduan HANGAT!

Sedia Menanti

Tiga pemuda mengaku anggota pengganas ditangkap askar kerajaan. Mereka dijatuhi hukuman mati. Sebelum digantung, komandan tembak menanyakan keinginan terakhir mereka.

"Kalau aku mati, aku mohon agar jenazahku di bakar dan abunya ditaburkan di atas makam Tom Wanggai, Presiden Papua yang aku hormati," ujar Sofian

"Jenazahku juga tolong dibakar dan abunya harap ditebarkan di atas makam Arnold Alsp, antropologist besar dan tokoh yang memberi ilham bagi munculnya identiti Papua," ujar Sudin.

"Kalau kamu, apa keinginanmu?," tanya komandan tembak pada Nicolas.

"Sama seperti ke dua temanku. Setelah dibakar, abuku hendaknya ditaburkan di atas makam Soeharto," ujar Nicolas.

"La, Soeharto kan belum mati?"

"Ya, aku bersedia menanti."



Ebook Panduan HANGAT!

Lawak pendek - polis dan perompak

Seorang perompak yang baru merompak sebuah bank telah ditangkap oleh pihak polis.

Polis: Jangan bergerak!!!!
Perompak: ok...ok...
Polis: Angkat tangan!!!!!
Perompak: Kan tak boleh bergerak..macam mana nak angkat tangan?
Polis: @#$%&!*(bengang)



Ebook Panduan HANGAT!

Pulangkan...(Lagu Dinyanyikan Oleh Pegawai PTPTN & Misha Omar)

(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
kau milikku

Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)

Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)

Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan ku jejakimu kemana jua


Ebook Panduan HANGAT!

Penafian

Team Lawak Jenaka Online Ingin Menyampaikan Permintaan Maaf Yang Sebesar-besarnya Kepada Semua Pemilik-pemilik Artikel Lawak Jenaka Di Dalam Blog Lawak Jenaka Online Ini.

Semua Artikel Lawak Jenaka Diterima Dari Pengunjung & Peminat Blog Lawak Jenaka Online.

Team Lawak Jenaka Online Tidak Melakukan Plagiat Terhadap Blog-blog Lain.

Letakkan URL Anda.