Kuda Makan Rumput

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.

Cikgu : “Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?”

Murid : “Kuda makan rumput, cikgu!”

Cikgu : “Rumputnya mana?”

Murid : “Sudah habis dimakan kuda, cikgu,”

Cikgu : “Habis tu, kudanya mana?”

Murid : “Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?”

Satu Hari Di Hari Raya

Baru-baru ini pada hari raya yang ke dua, maka tersebutlah cerita ini… Seorang wakil rakyat dari parlimen Pekan mengajak Pak Batin dari perkampungan orang asli yang berdekatan…

Wakil Rakyat: Saya nak ajak Tok pi majlis Hari Raya Terbuka TPM kita
Tok Batin: Aikk… tak mahu la
Wakil Rakyat: Kenapa lak… setahun sekali je dapat peluang ni…
Tok Batin: Tok tak pernah pergi ke majlis besar-besar macam ni
Wakil Rakyat: Tak ape Tok… Tok ikut saya je… duduk sebelah saya
Tok Batin: Ehhh segan la… pe nak pakai? makan pe ada?
Wakil Rakyat: Pe nak segan.. Tok duduk sebelah saya.. kalu nak pakai, pakai pe saja… bab makan… peh.. memang sedap
Tok Batin: Kalu macam tu tak pe la… Tok ikut, tapi dengan syarat..
Wakil Rakyat: Pe syaratnya?
Tok Batin: Kamu kena makan pelan-pelan dan duduk sebelah Tok ya?
Wakil Rakyat: Tak de hal Tok… Tok ikut aje apa yang saya makan… apa yang saya makan, Tok makan ya…
Tok Batin: Haaa… macam tu la…

Dipendekkan cerita, acara makan minum pun bermula. Tok Batin ikut aje apa wakil rakyat itu makan…. Bila tiba makan satey, wakil rakyat bergurau…

Wakil Rakyat: Tok… makan daging nye aje… kayu pencucuk jangan makan…
Tok Batin: ya.. ya

Habis makan, wakil rakyat tu terasa tersekat sesuatu kat gigi, maka diambilnya kayu sugi lalu dicongkelnya daging yang terlekat di gigi. Bagi menghormati majlis maka satu tangan pegang kayu penyongkel, lagi satu tangan tutup mulut. Tok Batin pun buat yang sama! Dia ikut apa yang wakil rakyatnya buat, dari mula hingga habis

Dalam perjalanan balik (hantar semula Tok Batin) ke perkampungan orang asli, maka ditanyanya kelazatan juadah yang dihidangkan

Wakil Rakyat: Amacam Tok… sedap tak makanan tadi…
Tok Batin: Woooo sedapppppppp… tak penah merasa sesedap itu sebelum ni… lain kali ajak la lagi…. tapi kan… kayu yang terakhir tu TAWAR sikit… kayu macam tu pun depa hidangkan ya?
Wakil Rakyat: Tok makan ke kayu tu?
Tok Batin: Ye la… Tok nampak kamu makan…
Wakil Rakyat: Tawar ye? depa lupa taruk garam kot… (dalam hati… he he…)

Aku Sangat Letih

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :
Aku keletihan kerana terlebih kerja… nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 27 juta orang.

1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 25.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 24 juta orang.

Dari 24 juta ini, 9 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,universiti dll). Jadi tinggal 15 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 15 juta ini, 6 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 9 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat dll.) pasal diorang nie nak kerja macam mana… tinggal dalam hutan. Dah tinggal 6 juta orang yang boleh buat kerja….

Dari jumlah itu, tolak 3.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja surirumah, pekerja yang kena VSS [Voluntarily Separation Scheme], orang2 tua, fresh university student,kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja….

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja…
Dan 2 orang itu adalah ENGKAU DAN AKU…

Dari dua orang ini… engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung…
Jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie…

MANA AKU TAK LETIH!!
Jadi sedarlah skit…. dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

10 CARA MENAKUTKAN JIRAN ANDA:

1.) Kat halaman belakang, gali 2-3 batas berbentuk kubur kemudian letakkan papan dan kain putih.
Bila jiran tegur nanti, kata “Takde apa-apa tu. Saya nak tanam sayur….nak berkebun”, sambil menyiram air mawar keatas ‘kubur tipu’ tu…. lagi wangi lagi real…

2.) Bila jiran tengah menonton TV di ruang tamu mereka, ambil kerusi malas / kerusi plastik dan turut serta menonton TV mereka, tapi dari halaman mereka dan dengan menjengok2 tingkap mereka. Sure mereka seriau, especially kalau mereka tengah menonton cerita ‘Pontianak Harum’. Kalau boleh, pakai jubah putih dan lakukan pada malam hari.

3.) Pesan pizza tapi alamatkan ke rumah jiran anda. Setiap kali buat pesanan, suruh orang delivery hantar ke rumah mereka.
Kalau jiran complain, kata anda takde telefon jadi kena pesan ke alamat mereka…

4.) Setiap Subuh, alihkan tanaman dan pokok bunga jiran anda daripada tempat yang asal. Lakukan setiap pagi supaya tanaman / pasu bunga mereka sentiasa beralih-alih. Kalau mereka hairan, kata “Kuat berjalan betul pokok2 awak nih!”.

5.) Minta kebenaran mereka untuk membuang sampah di tong sampah mereka. Jika mereka tanya kenapa, kata je “Tong sampah saya penuh dengan mayat.. eh.eh… sampah…hehehe”.

6.) Bila menyidai baju di ampaian rumah, sidai sekali surat khabar, majalah dan buku2 anda.
Jika jiran tengok, kata je anda tak suka membaca bahan bacaan kotor.

7.) Suruh isteri dan anak2 anda mmanggil anda ‘Duli yang maha mulia seri paduka Zorgon’ depan jiran2.
Jika jiran nak tahu kenapa, kata je anda berasal dari kerabat diraja Marikh.

8.) Buat open-house dan jemput jiran2 anda. Tapi hidangkan kasut, selipar, terompah, boots dan kasut high-heels sebagai hidangan utama.
Buat barbecue di halaman dan panggangkan selipar jepun anda.
Cadangkan kepada jiran yang anda pun boleh tolong mereka panggang kasut mereka sekali.

9.) Bila jiran datang ke rumah anda, jangan bagi mereka duduk diatas kerusi. Suruh duduk kat lantai, walaupun ternyata ada sofa dan banyak kerusi lain. Kata yang kerusi2 kat rumah anda ada jerangkap samar (landmines).
Kalau ke rumah mereka, buat benda yang sama. Kata anda tak nak duduk, takut meletup…

10.) Buat patung boneka drp kain yang serupa macam muka dan pakaian jiran anda.
Jika dia terkejut, kata je anda rasa lonely dan boneka tersebut membuat anda rasa jiran anda sentiasa disisi dan tak lonely. Sure dia horror….!

Barang Baeekk

Satu hari tu, aku tengah lepak2 sambil baca paper kat satu cafe. Kat meja sebelah adalah duduk 2 orang pompuan dalam lingkungan umur 30an sedang rancak berborak. Nampak gayanya macam berjawatan tinggi, nengok dari dressing la. Aku pun bukannya nak dengar apa yang diaorang bualkan , tapi disebabkan dekat dan tempat tupun agak sunyi, jadi dengar jugak la apa yang diorang bualkan walaupun tak berapa clear.

” Eh…yang u baru beli tu ada vibrate tak??” tanya sorang pompuan tu kat kawan dia. ” Adaaaa….bleh tahan la jugak dia punya vibrate” jawab kawan dia. “Dia punya batteri plak ? tahan tak ?? ” tanya pompuan tu lagik. Oooo…citer pasal handset rupanya, ni mesti latest punya model..kataku dalam hati. ” Tahan seminggu” jawab kawan dia sambil menghirup kopi.

” I punya lagik best, bleh tahan 10 hari” . ” Huiii…best tu u beli kat mana??tanya kawan dia balik. Pehh…batteri boleh tahan 10 hari ni mesti mahal punya handset ni, bisik ku dalam hati. ” I beli tempat biasa la..colour pink lagi..” kata pompuan tu dengan bangga. “U punya yang lama mana?” tanya kawan dia balik” I bagi kat kawan I si Ros tu…malu nak beli sendri..dia cakap” .

Aikk ..nak beli handset pun malu..aku berkata sendiri dalam hati. ” U ada bawak tak yang baru tu?? bagi I tengok ” minta kawan dia. ” Adaaa…I tak pernah tinggal” kata pompuan tu sambil menyeluk beg tangan dia, sambil tu mata dia meliar pandang keliling. ” Huiii …besornya…ni mesti mahal ni” kata kawan dia.
Aikk..patutnya makin kecik la makin mahal..hatiku makin tertarik untuk melihat handset jenis apa yang pompuan tu dah beli . Dengan menggunakan paper sebagai pelindung, aku pun menjeling. Lepas tu aku pun tak tunggu lama, lipat paper terus aku blah. ” Cissss……batang lelaki palsu rupanya” rungut ku dalam hati.

Tidurlah Denganku

Seorang wanita cantik dan sexy telah terjatuh dari lantai 80 sebuah gedung mewah. Untunglah di lantai 70, ada seorang Pria Amerika menangkapnya.
Wanita: “Terima kasih, anda telah menolong saya..”
Pria Amerika: “Sama-sama, tapi anda harus membalas budi”
Wanita:”Bagaimana caranya?”
Pria Amerika:”Tidurlah denganku…”
Wanita:”Bajingan kau, TIDAK MAU!!!”
Pria Amerika:”Ya, sudah kalau nggak mau…”
Pria Amerika kemudiannya melepaskannya dan wanita itu kembali terjatuh…

Di lantai 50, seorang Pria PRancis berhasil menangkapnya.
Wanita:”Terima kasih anda telah menolong saya…”
Pria Prancis:”Sama-sama, tapi anda harus membalas budi”
Wanita:”Bagaimana caranya?”
Pria Prancis:”Tidurlah denganku…”
Wanita:”Bangsat kamu, TIDAK MAU!!!”
Pria Prancis: “Ya sudah kalau tidak mau…”
Pria Prancis kemudian melepaskannya dan wanita itu kembali terjatuh…

Lantai 45 lewat, lantai 40 lewat, lantai 35 lewat dan tidak ada lagi yang menangkapnya. Si wanita mulai menyesal. Akhirnya dia memutuskan kalau ada lagi pria yang menangkapnya, ia mau diajak tidur baring. Daripada mati pikirnya.

Akhirnya di lantai 20, seorang Pria Arab menangkapnya. Buru-buru wanita itu berkata: “Terima kasih anda telah menolong saya. Sebagai balas jasa, anda boleh tidur dengan saya…”
Pria Arab: “Astaghfirullah!!!”
Lalu Pria Arab itu melepaskannya kembali…

Siri Cerita Seram

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.
Ia nya diceritakan oleh Umar kepada penulis untuk pedoman semua
pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut.
Seorang lelaki yang bernama Sokri (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga
nama baik keluarga tersebut). Sokri adalah seorang bomoh di kampung
tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana
setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau
akan berjaya.

Satu hari di waktu senja ada seorang budak melalui rumah Sokri budak itu
adalah Umar pencerita kisah ini. Umar terdengar seseorang sedang
bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya
sebelum ini.

Umar cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau
melihat Sokri bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Umar tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Umar cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Umar dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Sokri tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk
itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.
Tiba-tiba Umar melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Umar terus melarikan diri.

Sampai saja di rumah Umar terus menemui bapanya dan menceritakan
kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Sokri. Bapanya mengatakan bahawa Sokri menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan
menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Pada malam tersebut Umar berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya
seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya
tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Umar terus masuk
tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau
bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak
matanya berasa amat berat sekali.

Umar cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat
dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.
Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Umar membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan
mendengar orang menyebut nama Sokri. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya
bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Umar melihat bapanya berjalan
diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya
bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh Umar bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Sokri. Umar terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Umar melihat orang sedang menggali
kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Umar
berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.
Umar melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang
berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka semua terpegun melihat sekujur bentuk tubuh seperti seekor anak gajah di dalam kubur Tadi, setelah diteliti maka sahlah sebenarnya didalam kubur yang akan disemadikan jenazah Si Sokri tadi terdapatnya……

SEKETUL UBI GAJAH yang sangat besar. Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi Umar di talian bebas tol :
1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai
perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI …… UBI… SAPER NAK
BELI UBIIIII..

Pipit Yang Malang

Seorang pemuda hensome yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya.

Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata, “Abang, apa abang tutup dengan buku tu?” tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku.

Kerana malu, pemuda itu menjawab,

“Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor burung pipit?” Seekor burung pipit?” tanya gadis itu kebingungan. Betul, hanya seekor burung pipit,” jawab pemuda lebih tegas. Setelah gadis kecil itu pergi berlalu, si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur.

Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat sangat.

Seorang polis menanyainya, “Apa yang terjadi?” “Saya tidak tahu. Saya sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di sini.

Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya, “Apa yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?”

Gadis kecil itu menjawab, “Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar sarangnya!”

Nota : Jangan cuba temberang budak kecik.. susah nanti… ekekekekek

Kenapa Kerbau Hitam

Pada zaman dahulu kala lembu dan kerbau berkawan baik.
kemana sahaja mereka akan bersama-sama.
Susah senang mereka bersama.

Pada suatu hari, hari agak panas dari biasa
Mereka berdua seperti biasa berjalan-jalan cari makan.
Sampai di satu padang rumput mereka pun makan bersama-sama.
Lepas tu mereka pun merayau-rayau di tepi hutan.

Maka bertemulah sebuah kolam.

“Jom kita mandi” si lembu mengajak si kerbau.
” Boleh juga, aku panas ni, bolehlah kita menyejukkan badan”

Merekapun menanggalkan baju mereka dan meyidai baju merka di atas satu tunggul mati.

Mereka pun mandi dengan gembira sambil menyanyi-nyanyi.

Wah bukan main seronoknya mereka.

Tiba-tiba si lembu terasa seluruh badannya amat gatal.

” eeeee…..gatalnya…badan aku” sambil tergaru-garu.

” Ye la…aku pun gatal amat ni” Kata kerbau.

Rupa-rupanya ada pokok tukas di tepi kolam. Buahnya masak ranum dan banyak yang gugur kedalam kolam.
Buah tukas memanglah gatal.

Apa lagi mereka pun bergegas naik ke atas. Terus di sambarnya baju mereka. Terus mereka bergegas balik ke rumah masing-masing.

Tiba di rumah masing-masing barulah mereka perasan mereka tertukar baju.

Si kerbau pakai baju hitam lembu, kecik dan sendat. Kolar bajunya sendat hingga mejerut leher.

Si Lembu pula pakai baju kerbau putih bercorak tompok-tompok hitam-cantik! longgar dan selesa.

Se kerbau pergi kerumah si lembu untuk dapatkan bajunya kembali. Namun si lembu tidak mahu memulangkan baju kerbau. Sebab dia rasa selesa dan cantik.
Berkali-kali si kerbau cuba meminta dikembalikan, namun si lembu menjaukan diri.

Akhirnya mereka berkelahi dan membawa haluan masing-masing.

Sebab itu lah sekarang suara lembu jadi kasar, dan suara kerbau jadi nyaring sebab tekak dia sendat.

Oleh kerana malu, pada zaman sekarang kerbau hanya berkeliaran di pinggir-pinggir hutan malu dengan keadaannya.
Yang lembu pula bangga dengan baju dia dok berkeliaran di jalan-jaln raya, makan tanaman orang. Menyusahkan orang.

Namun keturunan kerbau masih menuntut hak mereka.

Begitulah ceritanya.

Saudagar Keldai

Seorang saudagar keldai dari tanah Arab yg ingin menjual keldainya di pasar. Dalam perjalanan menuju ke destinasinya utk menjual keldai2nya dia mengira keldai2. Sambil menunggang salah seekor keldai dia mengira,1,2, 3… 9

‘Huh, xboleh jadi ni, kurang sekor,’ dia berkata.

Lalu dia turun dari keldai yg ditunggangya utk mengira semula bilangan keldai2nya

‘1,2,3,4,5,6, 7,8,9,10. .huh cukup pun,’katanya.

Dia kembali menunggang keldainya utk meneruskan perjalanan ke pasar.Semasa meneruskan perjalanan itu dia mengira kembali keldai2nya.Dia berasa hairan kerana keldainya kurang seekor. Dia pun turun, dan mengira kembali keldai2nya. Dia berasa lebih hairan kerana keldainya cukup.

Lalu dia mengambil keputusan, “Lebih baik aku berjalan kaki, kalau aku x menunggang keldai nescaya aku untung seekor”.

Penafian

Team Lawak Jenaka Online Ingin Menyampaikan Permintaan Maaf Yang Sebesar-besarnya Kepada Semua Pemilik-pemilik Artikel Lawak Jenaka Di Dalam Blog Lawak Jenaka Online Ini.

Semua Artikel Lawak Jenaka Diterima Dari Pengunjung & Peminat Blog Lawak Jenaka Online.

Team Lawak Jenaka Online Tidak Melakukan Plagiat Terhadap Blog-blog Lain.

Letakkan URL Anda.