Dilema

Pernah tak korang berader dlm dilemma ? Berikut aderlah senario senario yg boleh korang gunerkan as a guide... ... .

1. Apakah yg akan anda lakukan kalao dah nak dekat lima nam kali flush bender tu takmu telos jugak?
(a)Amek sudu kacao sampai hancur pastu try flush lagik sekalik
(b)Kutip pakai tangan dan buang pat tempat lain
(c)Amek hose bomba dan spray
(d)Buat bodo sudah

2. Apakah yg akan anda lakukan kalao badan anda semakin besar dan melebar?
(a)Dudok dlm esbok selamer seminggu
(b)Pi stesen mrt tapi jgn naik mrt, sebaliknyer lari ikut belakang... kalao nak mujarab lagik, lari depan mrt.
(c)Jgn makan aper aper instead pakai drip glucose (alah yg macam owang saket kat spital tu lah)
(d)Bungkos seluroh anggota badan anda dgn kain, buat lobang kat bahagian mater hidong dan mulut je.

3. Apakah yg akan anda lakukan kalao anda terserempak dgn beruang yg terlepas dari zoo?
(a) Pergi kat beruang tu dan tanyer dia apsal dia lari
(b)Eksen jadik rimao dan mengaum kat depan dia
(c)Bawak balek dan pelihara kat rumah
(d)Usap usap keplaer dia, buat macam kucing

4. Apakah yg akan anda lakukan kalao anda dikurung didlm keranda dan ditanam idop idop?
(a)Biaserkan makan lipas, cacing, kumbang dan aper jenis binatang yg akan merayap di tubuh anda
(b)Kalao keranda tu besar, try duduk jadik badan tak cramp
(c)Buat aper yg anda suker kecuali KENTUT
(d)Nak buat aper lagik, dah gone case... tunggu time je lah

5. Apakah yg akan anda lakukan kalao anda terserempak makwe anda bersamer lelaki lain?
(a)Kalao ader pistol, tembak je diorang
(b)Ucapkan ribuan terimakasih pader lelaki tu kerana telah membebaskan anda
(c)Grab any gal yg pass at that moment dan kenalkan pader makwe anda... .tapi awas, jgn korang pi grab nyonya plak
(d)Peluk cium lelaki itu dan cakap yg anda rindukan dia. Kalao lelaki tu balas balek dan cakap dia pun rindu kan anda, ah tu pepandai lah korang.

6.Aperkah yg akan anda lakukan kalao makwe anda plak terserempak anda berjln dgn pompan lain?
(a) Ajak dia join sekalik
(b) Buat muker seposen dan teruskan perjalanan
(c)Cakap dgn dia yg anda ingatkan pompan tu aderlah dia..cakap anda tak sengajer
(d) Lari dan jgn toleh toleh lagik.

Teka teki lawak

1. Tempat apa ni... ... peserta dia pakai uniform, peserta dia selalu bertambah & tak berkurangan?

2. Banyak2 bunga, bunga apa yg warna hitam?

3. Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia... ?

4. Emak Alang ada 5 orang anak. Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu. Yang ke 5 siapa?

5. Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan

6. Kalau kancil ngan rusa berlaga, sapa mati?







Jawapan:

.

.

.

.

.

.

.

.

1. Tempat perkuburan... ... .ish... .ish... insaf aku... ...

2. Bunga tayar laaa... ... .

3. ubat nyamuk Fumakilla

4. Alang laa..

5. Bahrain

6. Pemandunya laaa yg mati... ... kan ke kalau keta kancil ngan rusa

berlanggar... .mati laaa org tu, kan-kan?

Lawak atas katil bawah katil

Malek: Doktor, saya ada masalah besar. Setiap kali hendak tidur, saya mesti rasa macam ada orang di bawah katil. Sebaliknya bila saya tidur di bawah katil, saya rasa ada orang di atas. Saya rasa macam nak gila!
Doktor: Jgn bimbang. Bagi saya masa dua tahun, masalah awak akan selesai. Datang jumpa saya tiga kali seminggu.


Malek: Berapa bayarannya utk sekali pertemuan?
Doktor: Tak mahal..hanya RM 100 sahaja.
Enam bulan kemudian, doktor bertemu Malek sedang membeli-belah.

Doktor: Kenapa tak datang jumpa saya?
Malek: Masalah dah selesai. Penjaga kedai seberang jalan tu ubatkan saya.
Doktor: Ya..bagaimana?
Malek: Dia suruh saya potong kaki katil... .

Lawak Olimpik Beijing 080808

Dalam suatu pertandingan di dapati ketiga-tiga orang yang mengambil bahagian telah mendapat markah yang sama. Untuk menentukan pemenang, pengadil menyarankan di adakan pertandingan sedut-sedut dengan hidung. Sesiapa yang paling banyak menyedut benda masuk ke hidungnya akan di istiharkan sebagai pemenang.

Pengadil meletakkan benda-benda kecil seperti cebisan kertas, kacang hijau dan lain2 di atas meja untuk tujuan di sedut dengan hidung. Ketiga peserta yang datangkan dari seluruh penjuru duniapun bersedia. Pengadil memulai pertandingan.

Peserta Pertama datang dari Afrika,... .(peserta pertama pun bersedia) Siapppp ... . Yak!..Dan tiba tiba saja meja di depan peserta pertama Hilang.Semua penonton hairan dan takjub. Sungguh luar biasa. Pengadil berkata "Peserta pertama berhasil menghisap sebuah mejaaa!",

Peserta kedua dari Amerika pun mulai bersedia untuk memulakan sedutan. Huuusp!... . Tiba-tiba saja, 3 buah meja di depan peserta kedua hilang... . semua penonton bertambah hairan dan takjub. Pengadil Berkata "Peserta kedua berhasil menyedut 3 buah meja... !!",

Sekarang giliran peserta ke tiga... .dari Malaysia. Semua penonton meng booo kerana mereka percaya... sudah tentu tak dapat menyedut kecuali beberapa biji kacang hijau bolehlah agaknya. Ketika peserta ketiga baru mengambil tempat untuk memulakan sedutan hidungnya... tiba tiba... ..zupsssss stadium menjadi gelap dan lampu mati.

Lalu tak lama kemudian pengadil membuat pengumuman dan berkata : "Saudara saudara para penonton sekalian... Peserta ketiga berjaya menyedut sebuah stadium dan Kita semua berada dalam hidungnya ... ... ... .!""

Ketawa dalam internet + email + chatroom+forum etc

Ketawa dalam internet + email + chatroom... ... ... ..

1. Ketawa orang kaya: Muahahhaahaha
2. Ketawa terbahak-bahak: Hark hark hark
3. Ketawa kebaratan: Ha ha ha ha ha
4. Ketawa sambil tutup mulut: Hi hi hi hi hi
5. Ketawa berdekah-dekah: Kah kah kah kah
6. Ketawa pontianak: Kih kih kih kih
7. Ketawa eksyen: Ek ek ek ek ek
8. Gelak besar: Muahhaaaaa *ketawa jin/setan*
9. Ketawa panjang: Ha ha ha ha ha ha * ambil nafas* ha ha ha ha ha ha ha
10. Ketawa orang sakit: Kih kih kih kih kih *cough* kih kih kih kih
11. Ketawa maut: Kih kih kih kih kih kih kih kih *kiok... ... ... ... ..Neno, neno, neno (Bunyi ambulan)
12. Senyum
13: Ketawa Double
14. Sengih
15. Ketawa kuat: LOL
16. Ketawa bergolek-golek: LOLROTFL
17. Ketawakan dia: He he he he he
18. Kekkekekekek = ek ek ek ek ek (cuma salah ejaan)
19. ahakz = ketawa jimat cermat
20. hahahaahahhaaaaaaampppppppeeeeeeeehhhhhhhh = ketawa tak ikhlas
21. heheh - hampir-hampir ketawa
22. kui kui kui - ketawa sambil batuk
23. hik hik hik - ketawa dalam mabuk
24. hek hek hek - ketawa ngada-ngada.
25. wakakakkakaka - ketawa berguling-guling cam tenggiling dalam piring
26. eh heh - ketawa sindir.
27. huargh huargh huargh!!! - ketawa sambil bermain ngan benda-benda tajam. (ketawa brutal)
28. ngee ngee ngee - ketawa sengih
29. kwah kwah kwaaahhhh kwahhhhh - Ketawa sambil lewa
30. ketawa perli : ahe ahe ahe ahe... .

Soalan Bodoh

selau sangat orang tanya kat kite menda yg bodo2 nie.. so apa kata..la nie kita siapkan jawapan yg power lagi berbisa utk soalan bodo cam nie..ahakkkkssss

SOALAN BODO 1. Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanyer: "Tunggu bas ke per?" Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye"

2. Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanyer: "Kao nak mandi ke per?" Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang kejap, kao nak join?"

3. Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur: "Aik? tulis surat nampak?" Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah... tangan aku bergerak sendiri" lepas tu jotos dia dgn jotosan yg berpower lagik brutal dan sambung "ah tu kan dia jln sendiri, aku tak tahu tao"

4. Anda sedang makan nasik dan orang tegur: "Makan nasik?" Jawab : " Mater kao buter ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?"

5. Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer" "Baru balek dari kerjer?" Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi kerjer lah nie... opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah pat opis"

6. Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: "Eh kau sibuk ke per?" Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia.

7. Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer: "Eh citer melayu ke per?" Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Toro menentang Raksaser dari Planet X... kao tunggu jap nanti otromen kuar".

Lawak Budak Sekolah

Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.

Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!". Sampai rumah dia tanya bapa dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes". Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata "Ladies first".

Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu.

"aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!

Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.

Cikgu: "OK boy, did you get the words?"

Budak: "Yes, teacher".

Cikgu: "Good, what is your first word?"

Budak quot;Shut up you!!"

Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?

Budak: " Superman !!!"

Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"

Budak: "Ladies First!!"

PERKATAAN LAZIM YANG SERING KAUM HAWA SUKA GUNAKAN

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

Katak

Seorang saintis ingin membuat kajian tentang seekor katak,dia pun mengambil seekor katak dan menguji lompatan katak tersebut, ujikaji pertama dijalankan oleh saintis tersebut, saintis itu meletakkan katak dan menyebut "LOMPAT!" kemudian katak itu melompat 4 kaki jauh.

Saintis itu menulis dalam buku ujikaji nye :katak 4 kaki,lompat 4 kaki jauh. Kemudian saintis memotong 2 kaki katak dan menyebut "LOMPAT!" Katak melompat 2 kaki jauh.Kemudian dia menulis :katak 2 kaki,lompat 2 kaki jauh.

Kemudian saintis memotong lagi 2 kaki katak dan dia menyebut "LOMPAT!" Katak tidak melompat, kemudian dia menyuruh lagi katak tersebut lompat tetapi katak tidak melompat, dan dia pun menulis dalam buku ujikaji nye :katak tak ada kaki, mengalami masalah pendengaran...

Pak Pandir di Lebuhraya

Pak Pandir sedang memandu kereta di lebuhraya Utara Selatan, tiba-tiba handphonenya berbunyi, lalu Pak Pandir pun mengangkatnya.

Ia mendengar suara isterinya Mak Andeh memperingatinya supaya berhati-hati, "Pak Pandir, saya baru saja dengar di radio, ada sebuah kereta yang bergerak bertentangan arah di lebuhraya. Tolong berhati-hati!".

"Gila!!!," kata Pak Pandir, "Bukan satu, tapi beratus-ratus!"

Penafian

Team Lawak Jenaka Online Ingin Menyampaikan Permintaan Maaf Yang Sebesar-besarnya Kepada Semua Pemilik-pemilik Artikel Lawak Jenaka Di Dalam Blog Lawak Jenaka Online Ini.

Semua Artikel Lawak Jenaka Diterima Dari Pengunjung & Peminat Blog Lawak Jenaka Online.

Team Lawak Jenaka Online Tidak Melakukan Plagiat Terhadap Blog-blog Lain.

Letakkan URL Anda.