Pulang Malam

Seorang isteri sangat sedih kerana akhir-akhir ini suaminya sering pulang malam dan dalam keadaan mabuk. Suatu hari ia marah besar kepada suaminya

"Seenaknya saja kamu bersenang-senang di luar, meninggalkan aku sendirian!"

Akhirnya si suami memutuskan untuk mengajaknya ke bar. Sesampainya di sana, si suami memesan minuman keras seperti biasanya, dan memesankan satu gelas untuk isterinya. Ketika si isteri mencoba meminumnya, ia langsung memuntahkannya kembali.

"Minuman apa ini? Isshhhh.. tak enak langsung.. !!" rengus si istri.

"Tuhlah, makanya jangan dikira aku bersenang-senang di sini...."

3 Remaja Bermasalah

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Padd satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

Akibat nak menipu

PADAH MENIPU ...

seorang lelaki pergi ke tandas untuk membuang air kecil.apabila tiba di pintu tandas dia membaca notis. "Buang dulu bayar kemudian"

semasa mamat ni tengah buang air kecil dia terbaca satu notis dalam toilet tu.

BUANG AIR KECIL : 50 SEN

BUANG AIR BESAR : 30 SEN

Alangkah terkejutnya mamat ni.Jadi dia mendapat satu ilham. Selepas habis hajatnya ditunaikan diapun keluar la untuk membayar yuran tandas tersebut. Makcik penjaga tandas pun tanya la dia..

"Adik kencing ke buang air besar?" untuk mengelakkan bayar harga mahal, mamat ni pun jawab la "Saya Buang besar makcik, ni duitnya 30 sen"

Makcik tu cakap tak cukup. "Semua yang kamu kena bayar 80 sen, sebab bila kamu buang air besar kami pasti buang air kecil sekali.." maka mamat ni pun dengan bengangnyer mambayar 80 sen kepada makcik itu...ha ha ha

Fasha dan pemandu teksi

Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Namanya, Fasha. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut malam di ofis. Ketika ingin pulang Fasha menahan teksi untuk mengantarnya pulang.

Fasha: "Kampung Baru ya Pak cik"

Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke Kampung Baru tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Fasha teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa. Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak didepan untuk mengambil duit di ATM.

Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan. Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah.

Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada Fasha.

Pakcik: "Maaf ya cik, cik tak apa-apa ke? Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik!!"
Fasha: "Laa, takkan ditepuk bahu saja sudah terkejut!!"
Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa, cik"
Fasha: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?"
Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat...cik"
Fasha: "patutla...."

Menantu kuat makan, mentua...

Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini.

Sejak Samat duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Samat betul betul menghabiskan borehhh... Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur..esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi... bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.

Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Samat ni.. Bengang betul dia... dah lah tak kerja... melantak kuat pulak tu... Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Samat.. "Samat, mari kita main dam haji... " katanya kepada Samat... "Boleh juga... " kata samat tanpa mensyaki sesuatu. Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat... Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi... hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi... . " Eh ko ni Samat... kuat betul makan laa... .agak-agaklaa... " katanya tersenyum.. "Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni... mentang-mentang aku kuat makan" fikirnya dalam hati... tapi tak apa... Mereka bermain set kedua... Bapa mertuanya hulur... dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit... Bila tak makan, mestilah kena tangkap... (sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini... )... kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji... Apa lagi... . "Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke... ? Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena... .

Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi... sekarang ni ada kat mekah kerjakan umrah... Nak pergi haji belum ada seru... katanya laa...

Moral cerita : Jangan malu nak menegur kesilapan orang lain, jika untuk kebaikan.

Kenapa kerajaan tetap mahu kekalkan Math dan Sain dalam BI

Why Malaysian Government insists on using English for math and science?

This is because the whole world uses the language as an information and/or technology language. How dangerous it will be if we try to use Bahasa, especially in school. See example below:-

Hardware = barangkeras

Software = baranglembut

Joystick = batang gembira

Plug and Play = cucuk dan main

Port = lubang

Server = pelayan

Client = pelanggan


Try to translate this:

ENGLISH:

That server gives a plug and play service to the client using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client.


Now in BAHASA:

Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang pelanggan..


Now you know...WHY...

Kelakar - Mary

Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar... ..tiba2 dtg si isteri membawa tudung periuk... .PANG!!... .diketuknya atas kepala si suami... ..si suami yg
terpinga2... ..bertanya... ..

"Aper hal ngan awak nih... .kenapa awak ketuk kepala saya??... .si isteri pun menjawap... ."nah! awak tengok nih... .sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama... .'Mary'... .si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary... .dgn tenang si suami menjawab... . ooo... .itu nama kuda yg saya bertaruh semalam... ..namanya Mary... ..si isteri pun agak puashati ngan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur... ..

Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu... . PANG!!!... .kali ini dengan lebih kuat lagi!... .si suami pun bertanya... .aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih ... dengan selamba..si isteri menjawap... ."kuda awak telefon!!"... ..

P/s: Lain kali nak tipu bini tu cariklah alasan yang lebih selamat





Gajah Dalam Cawan

SUATU HARI SEORANG LELAKI SEDANG MINUM DI SEBUAH KEDAI KOPI SEORANG MAMAK. Tiba2 lelaki tu terkejut lalu memanggil mamak. Mamak dengan pantas tiba dimeja lelaki. "Hei... mamak mengapa dalam kopi aku ni ada lalat?" Mamak terkebil-kebil lalu menjawab.."Awak bayar harga secawan kopi satu ringgit lima puluh sen saja, takkan awak mahu gajah pulak dalam cawan awak!". Lelaki tu garu kepala... ..serba salah..

Lawak pendek - balik cepat

Suatu hari seorang ibu hairan apabila anaknya pulang awal dari sekolah tidak seperti biasa

Ibu : "Adli kenapa kamu pulang awal hari ini sedangkan jam baru pukul 10.00 pagi.."
Adli : "oo.. tadi Adli boleh jawab soalan cikgu adli dengan tepat..lalu disuruh pulang... "
Ibu : "Oooo... bagus.. pandai anak ibu... apa soalan dari cikgu kamu itu?"
Adli : "Cikgu tanya... SIAPA YANG MEMBALING KASUT KE MUKA CIKGU ?"

Cerita kelakar - Radio sony

Seorang pakcik yang berumur dalam lingkungan 60-an telah berkunjung kesebuah kedai elektronik. Beliau ingin membeli sebuah radio yang berjenamakan "SONY". Hendak dijadikan cerita pakcik ni bertanyalah kepada tauke kedai tersebut.

Pakcik : Tauke a,.. sini ada jual Radio Sony kah ??

Tauke : Uihhh ada semua jenis Radio ada dijual disini..

Pakcik : Tapi a saya mahu radio SOny juga jangan tauke bagi

saya radio lain ahhh kalau tidak saya kembalikan

kepada tauke,...

Tauke : Ya jangan susah Pakcik di gerenti ada punya lah

pakcik... Pakcik mo Radio SOny kan sekejap ahh saya ambil

Seketika,... .

Taukeh : Nah ini dia radio yang pakcik nak tu ...

Sooo pakcik tu pun belilah radio tu.. ngan excitednya pakcik tu membawa radio barunya kerumah dan terus memasang radio tersebut. Betapa berbunganya perasaan orang tua pada ketika itu memiliki Radio Sony,... ekekekk... then pass tu time pakcik tu syok habis dengar radio tiba-tiba pakcik ni terdengar slot yang mengatakan " Inilah Radio Saluran Emas anda yang akan menghiburkan saudara dan saudari selama 24 jam". Then pass tu pakcik tu naik berang mengalahkan the hulk. Pakcik tu balik semula ke kedai elektronik tempat dimana dia beli Radio itu.

Pakcik : Tauke,.. tauke kasih tipu saya hidup-hidup oooo

Tauke : Kenapa

Pakcik : Tauke bilang sama saya ahhh ini Radio Sony ,.. ini

bukan Radio Sony pun

Tauke : Ini memang Radio Sony pakcik

Pakcik : Masakan orang didalam radio itu boleh

mengatakan "Inilah Radio Saluran Emas anda" apa ni

Tauke ni bukan Radio Sony tapi Radio Saluran Emas.

Tauke : blur...

Penafian

Team Lawak Jenaka Online Ingin Menyampaikan Permintaan Maaf Yang Sebesar-besarnya Kepada Semua Pemilik-pemilik Artikel Lawak Jenaka Di Dalam Blog Lawak Jenaka Online Ini.

Semua Artikel Lawak Jenaka Diterima Dari Pengunjung & Peminat Blog Lawak Jenaka Online.

Team Lawak Jenaka Online Tidak Melakukan Plagiat Terhadap Blog-blog Lain.

Letakkan URL Anda.